PERTAHANAN AWAM | Pertahanan awam juga dikenali sebagai perlindungan awam , ialah program yang dibiayai oleh kerajaan, untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda jika musuh menyerang sesebuah negara ketika perang. Ia juga menyediakan pasukan penyelamat dan bantuan kecemasan untuk orang ramai yang menderita akibat bencana alam seperti banjir, angin ribut, gempa bumi, gunung berapi, kebakaran, dan letupan. Pertubuhan pertahanan awam juga merangka rancangan untuk mengurangkan kesan buruk yang disebabkan oleh kejadian pemberontakan seperti pengeboman dan pencemaran yang teruk atau kemalangan nuklear. | UMUM | |
INISIATIF PERTAHANAN STRATEGIK | | UMUM | |
KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Kementerian Pertahanan Malaysia (KEMENTAH), sebuah kementerian yang menggabungkan pihak tentera dan awam dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawab dalam aspek pertahanan negara. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
PERSETUJUAN PERTAHANAN LIMA NEGARA | Pertubuhan Lima negar berkenaan hubungan pertahanan. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
PERTUBUHAN PERJANJIAN ATLANTIK UTARA | Pertubuhan perjanjian pertahanan militeri anjuran Amerika Syarikat untuk pertahanan bersama Eropah Barat dan Amerika Utara. Pasukan tentera yang dibentuk daripada negara-negara ahli memfokuskan operasi di rantau Eropah, Atlantik Utara sehingga ke perairan Mediterranean untuk mengimbangi kuasa Soviet. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
MENARA MARTELLO | Menara Martello ialah menara pertahanan yang dibina pada tahun 1804 di sepanjang pantai selatan dan pantai tenggara England serta pantai timur Ireland. Menara itu dibina sebagai benteng pertahanan terhadap ugutan serangan Napoleon. William Pitt mengarahkan supaya 74 buah menara Martello dibina di sepanjang pantai Essex, Kent, dan Essex Timur. Menara Martello meniru sebuah menara di Tanjung Mortella; Corsica. Tinggi menara ini kira-kira 12 meter dan temboknya setebal tiga meter. Tiga laras senapang dilekapkan pada bumbung setiap menara. | UMUM | |
PERTUBUHAN PERJANJIAN ATLANTIK UTARA (NATO) | Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menyediakan kepimpinan ketenteraan yang bersatu untuk pertahanan bersama 16 buah negara Barat. NATO ditubuhkan pada tahun 1949 oleh negara yang bersekutu di bawah pakatan ini. Pakatan ini menyediakan pertahanan bersama terhadap kemungkinan serangan oleh Kesatuan Soviet atau penyerang yang lain. Menurut pakatan ini, serangan bersenjata yang dilakukan ke atas satu atau lebih negara anggota di Eropah atau Amerika Utara akan dianggap sebagai serangan ke atas kesemua negara anggota dalam perikatan ini. | UMUM | |
ANZUS | ANZUS adalah perjanjian pertahanan yang dibuat secara kolektif yang dibuat oleh Australia, New Zealand, dan Amerika Syarikat. Nama tersebut menggabungkan huruf pertama setiap nama negara ahli. Setiap negara tersebut mengisytiharkan bahawa serangan bersenjata terhadap kawasan Pasifik di mana-mana satu daripada tiga negara ini membahayakan mereka semua. Setiap negara berjanji untuk “bertindak menentang bahaya yang dialami bersama selaras dengan proses perlembagaannya.” Perjanjian tersebut ditandatangani di San Francisco pada 1 September 1951 dan mula berkuat kuasa pada 29 April 1952. | UMUM | |
DORA | DORA, Akta Pertahanan Jajahan (Defence of the Realm Acts) yang diluluskan pada tahun 1914 dan tahun 1915 memberi kerajaan United Kingdom satu kuasa yang khusus semasa Perang Dunia I (1914–1918). | UMUM | |
PERIKATAN BERTIGA | Perikatan Bertiga ialah perjanjian pertahanan antara Austria-Hungary, Jerman dan Itali. Perjanjian ini berkuat kuasa dari tahun 1882 sehingga Perang Dunia I. | UMUM | |