Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ta.ru.han] | ڤرتاروهن

Definisi : 1. perihal bertaruh; 2. = pena-ruhan tempat menaruh, tabungan: bertahun-tahun kemudian, barulah wang itu keluar drpd ~, kadang-kadang utk belanja ke sekolah; 3. simpanan, titipan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ta.ru.han] | ڤرتاروهن

Definisi : 1 peri­hal (perbuatan dsb) bertaruh: Judi ialah segala jenis ~ yg mengharapkan keuntungan yg lebih besar. 2 sesuatu yg dipertaruhkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pertaruhan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTARUHAN

Pertaruhan ialah tagan atau sesuatu yang

dijadikan cagaran berisiko kerana keputusan dalam

suatu kejadian atau jawapan terhadap sesuatu

pertanyaan.

UMUM 
PERJUDIAN

Perjudian ialah pertaruhan ke atas hasil sesuatu

permainan, peristiwa, atau kejadian secara

kebetulan. Penjudi atau pemain biasanya bertaruh

duit terhadap ramalan yang dibuat. Pertaruhan

dibuat pada permainan menguji nasib seperti

loteri, daun terup, dadu, lumba kuda, tinju, dan

acara sukan yang lain.

UMUM 
PERBICARAAN MELALUI KOMBAT

Perbicaraan melalui kombat juga dikenali

sebagai perbicaraan melalui pertempuran , atau

pertaruhan pertempuran , adalah satu cara

menyelesaikan perbalahan undang-undang pada

Zaman Pertengahan. Golongan bangsawan

mengamalkannya bertahun-tahun lamanya.

Perbicaraan melalui kombat berbeza daripada

pertarungan dua orang kerana orang ramai

percaya bahawa Tuhan akan masuk campur dan

membantu pihak yang benar. Mengikut prosedur

yang biasa, tertuduh akan menentang penuduh.

Golongan bangsawan kadangkala melantik

pahlawan-pahlawan untuk bertarung bagi pihak

mereka. Golongan wanita dan paderi biasanya

diwakili oleh orang lain. Perbicaraan melalui

kombat diperkenalkan di England oleh William Si

Penakluk. Perbicaraan berjuri secara beransur-

ansur mengambil alih perbicaraan ini.

UMUM 

Kembali ke atas