PERANG | Perang ialah suatu pertarungan antara dua golongan besar yang berusaha untuk memusnah atau mengalahkan lawan masing-masing. Peperangan ada pelbagai jenis, misalnya peperangan antara dua buah keluarga, kabilah dengan kabilah dan antara pengikut satu agama dengan pengikut agama yang lain. | UMUM | |
KARATE | Karate ialah satu bentuk pertarungan yang tidak menggunakan senjata, yang memerlukan seseorang itu menendang atau menyerang dengan menggunakan tangan, siku, lutut, atau kaki. | UMUM | |
PERANG TANDING | Perang tanding ialah satu bentuk pertarungan bersenjata antara dua orang. Ia dijalankan mengikut satu set undang-undang atau peraturan dan biasanya dilakukan dengan kehadiran beberapa orang saksi. Sejak zaman dahulu hinggalah pada tahun 1800-an, golongan atasan biasanya menyelesaikan persengketaan peribadi dengan menggunakan senjata. Biasanya mereka menggunakan pedang atau pistol. Perang tanding boleh berpunca daripada pertelingkahan mengenai harta, menuduh seseorang sebagai pengecut, gangguan terhadap keluarga atau maruah peribadi, serta penipuan dalam perjudian. | UMUM | |
KEDOMINANAN | Kedominanan ialah satu bentuk perilaku dalam kalangan haiwan individu yang menunjukkan keupayaannya untuk memenangi pertarungan dengan haiwan-haiwan lain. | UMUM | |
SABUNG AYAM | Sabung ayam ialah sukan yang melibatkan perlagaan dua ekor ayam sabung dalam satu pertarungan sehingga membawa maut. Sukan tersebut diharamkan di banyak negara. Namun begitu, kadangkala ia dijalankan secara rahsia. Sabung ayam merupakan salah satu sukan awam yang popular di Sepanyol, Amerika Latin, dan bahagian-bahagian Asia Timur. | UMUM | |
TEBING DOGGER | Tebing Dogger ialah sebuah tebing pasir yang luas di luar pantai Laut Utara kira-kira 160 kilometer di pantai timur laut England. Air di permukaan beting ini adalah antara 15 hingga 37 meter dalam. Kawasan ini merupakan tempat ikan kod dan ikan hering mencari makan. Semasa Perang Dunia I, pada tahun 1915, tidak jauh dari tebing Dogger ini berlaku pertarungan antara Angkatan Laut Diraja Inggeris dengan angkatan laut Jerman. Pertarungan ini tidak membawa kemenangan kepada mana-mana pihak. | UMUM | |
PERBICARAAN MELALUI KOMBAT | Perbicaraan melalui kombat juga dikenali sebagai perbicaraan melalui pertempuran , atau pertaruhan pertempuran , adalah satu cara menyelesaikan perbalahan undang-undang pada Zaman Pertengahan. Golongan bangsawan mengamalkannya bertahun-tahun lamanya. Perbicaraan melalui kombat berbeza daripada pertarungan dua orang kerana orang ramai percaya bahawa Tuhan akan masuk campur dan membantu pihak yang benar. Mengikut prosedur yang biasa, tertuduh akan menentang penuduh. Golongan bangsawan kadangkala melantik pahlawan-pahlawan untuk bertarung bagi pihak mereka. Golongan wanita dan paderi biasanya diwakili oleh orang lain. Perbicaraan melalui kombat diperkenalkan di England oleh William Si Penakluk. Perbicaraan berjuri secara beransur- ansur mengambil alih perbicaraan ini. | UMUM | |
SENNECTT, MACK | Sennectt, Mack (1884–1960) ialah perintis dan penerbit filem yang terkenal kerana komedi bisu slapstiknya. Ramai bintang komedi bisunya yang terkenal muncul dalam filem-filem Keystone Filemnya yang ganas dan kasar itu telah mencabar kewibawaan sosial. Keystone Kops, terbitannya yang terkenal telah menambahkan kekacauan di sebalik menguatkuasakan peraturan. Sennett memilih watak lucu seperti Rosco Arbuckle yang “gedempol” untuk menggambarkan gadis jelita yang jatuh cinta kepada penyangak. Watak ini dan watak-watak lain sering terlibat dalam adegan kejar-mengejar yang berakhir dengan pertarungan, suatu bentuk adegan yang terkenal dalam banyak filem terbitannya. | UMUM | |