Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.tem.bu.ngan] | ڤرتمبوڠن

Definisi : perihal bertembung, percan­tuman, perjumpaan, pertemuan: selagi ter­dapat ~ antara manusia, penyebaran cerita itu tetap terjamin; situasi spt ini timbul di mana-mana sahaja berlakunya ~ antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan Barat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pertembungan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTEMBUNGAN BAHASA

PERTEMBUNGAN BAHASA, keadaan sosiobudaya yang memungkinkan sesuatu bahasa mempengaruhi bahasa lain.  Pertembungan bahasa terjadi di seluruh dunia, apa lagi di Nusantara yang kaya dengan pelbagai bahasa dan pelbagai kemungkinan.  Pertembungan dua bahasa di sesuatu daerah akan menghasilkan beberapa gejala sosiolinguistik.

BAHASAKonsep
DOLDRUM

Doldrum ialah satu kawasan lingkaran yang

tenang, berangin lembut ataupun berbadai di

sekitar khatulistiwa dan biasanya permukaan

lautan. Pakar kaji cuaca menamakannya sebagai

zon pertembungan antara tropika.

UMUM 
BALAI

BALAI, tempat ketua-ketua masyarakat bermesyuarat, atau tempat upacara-upacara adat dilakukan. Balai sudah digunakan sejak zaman masyarakat penutur-penutur bahasa Proto Austronesia. Pada zaman terawal kerajaan Sriwijaya, balai mula mempunyai sejarah perkembangannya. Ini disebabkan adanya perubahan kepimpinan yang melibatkan penubuhan institusi beraja hasil daripada pertembungan kebudayaan Melayu dengan kebudayaan Hindu.

BUDAYABandar/Negeri/Negara/Tempat
DIALEK MELAYU DI SELANGORDIALEK MELAYU DI SELANGOR, dialek yang dituturkan di negeri Selangor. Dialek ini mempunyai pelbagai ragam. Kepelbagaian ini berkait rapat dengan keadaan penuturnya yang terdiri daripada penutur pendatang dari pelbagai kawasan dialek Melayu  lain di Semenanjung. Sebagai tempat pertembungan pelbagai penutur dialek Melayu, maka tentu sahaja sukar bagi kita untuk memastikan ragam yang manakah yang mencirikan dialek asli Melayu Selangor sebenar. Terjadinya keadaan seperti ini ada hubungannya dengan kedudukan negeri Selangor yang pada awal sejarahnya merupakan pusat pentadbiran, pusat budaya dan pusat perniagaan bagi Semenanjung Malaysia.BAHASABahasa
SUNGAI MUSISUNGAI MUSI, sungai terbesar dan utama di Sumatera Selatan,  Indonesia.  Panjang sungai ini adalah lebih kurang 520 km dengan kawasan lembangan seluas 61 250 km persegi.  Sungai ini berpunca dari Banjaran Bukit Barisan di barat berhampiran gunung berapi Kaba di Bengkulu.  Laluannya di tenggara dan ke timur laut, merentangi banjaran gunung di daerah hulu Palembang sehingga ke kaki bukit di Tebing Tinggi.  Sungai ini mengalir keluar ke Selat Bangka melalui empat pelabuhan iaitu Sali, Ogan, Sungsang (Soensang) dan Pontian.  Pada musim hujan, kapal-kapal boleh memudiki sungai ini sehingga ke pertembungan Sungai Lematang, iaitu cawangannya di hilir.  Jarak Sungai Lematang ke laut ialah sejauh 270 m.  Sungai Musi bersama-sama dengan Sungai Ogan dan Sungai Komering bertembung di Palembang dan kawasan Pladju oleh beberapa cawangan sungai yang kecil.  Sungai Musi yang dalam membolehkan kapal-kapal besar melaluinya tetapi di Sungsang, airnya lebih cetek.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas