PERTEMPURAN CRÉCY | Pertempuran Crécy ialah pertempuran penting yang pertama dalam Perang Seratus Tahun. Pertempuran ini berlaku pada tahun 1346 di tapak bandar Crécy, kini di bahagian Somme Perancis. | UMUM | |
PERTEMPURAN BOYNE | Pertempuran Boyne ialah pertempuran muktamad dalam pergelutan di antara bekas Raja James II England dengan penggantinya, William III, untuk menguasai Ireland. Pertempuran itu berlaku di tebing Sungai Boyne, di barat laut Dublin. | UMUM | |
PERTEMPURAN ACTIUM | Pertempuran Actium ialah pertempuran di laut yang menamatkan perebutan kuasa di Rom purba antara Gaius Octavian dengan Mark Antony. Pasukan tentera Octavian memenangi pertempuran ini, yang berlaku pada tahun 31 S.M. di pesisiran pantai Actium, berhampiran Preueza kini, di barat Greece . | UMUM | |
PERTEMPURAN VIMY RIDGE | Pertempuran Vimy Ridge ialah pertempuran Perang Dunia I yang dimenangi oleh angkatan tentera Kanada setelah berjaya menewaskan tentera Jerman. Dalam pertempuran tersebut, tentera Kanada menawan Vimy Ridge, sebuah rabung yang mempunyai kedudukan yang strategik berhampiran bandar Arras, di bahagian utara Perancis. | UMUM | |
PERTEMPURAN TRAFALGAR | Pertempuran Trafalgar berlaku pada 21 Oktober 1805. Pertempuran ini merupakan salah satu pertempuran laut yang utama dalam sejarah. Dalam pertempuran ini, angkatan laut British yang diperintah oleh Laksamana Horatio Nelson, berjaya menewaskan gabungan angkatan laut Sepanyol dan Perancis. Kejayaan ini memberikan kekuasaan mutlak di laut kepada Great Britain. Nelson telah tercedera dan terkorban dalam pertempuran ini. | UMUM | |
PERTEMPURAN MUKTAMAD LIMA BELAS | Pertempuran Muktamad Lima Belas merupakan pertempuran yang mempunyai kesan dan makna yang hebat sehingga ia mengubah sejarah dunia. Pertempuran seperti ini selalunya dikenali sebagai pertempuran muktamad atau penentu. Sir Edward Creasy (1812–1878), seorang ahli sejarah Inggeris, percaya bahawa sehingga tahun 1850, sebanyak 15 pertempuran sedemikian telah berlaku. | UMUM | |
PERTEMPURAN HASTINGS | Pertempuran Hastings (14 Oktober 1066), diakhiri dengan penawanan England oleh William, Duke Normandy. Para sejarawan menganggap pertempuran ini sebagai pertempuran terbesar yang telah mengubah sejarah. | UMUM | |
PERTEMPURAN PHARSALUS | Pertempuran Pharsalus ialah pertempuran antara tentera jeneral Rom Julius Caesar dengan tentera Pompey pada tahun 48 S.M. Selepas menawan Gaul (58 S.M. hingga 51 S.M.), Caesar menjadi pemerintah tentera yang paling berkuasa di dunia Rom. Pompey dan dewan senat di Rom gerun terhadap kuasa dan cita-cita Caesar. Perang saudara pun meletus. Pompey pada mulanya telah menang. Apabila kedua-dua tentera tersebut bertempur di Pharsalus (kini Farsala) di Greece, jumlah tentera Pompey melebihi jumlah tentera Caesar, iaitu melebihi seramai 40 000 orang. | UMUM | |
PERTEMPURAN BRITAIN | Pertempuran Britain merupakan pertempuran udara yang muktamad semasa Perang Dunia II (1939–1945). Pegawai-pegawai Luftwaffe (tentera udara Jerman) percaya bahawa ketahanan British dapat dikurangkan dengan penggunaan kuasa udara semata-mata. Mereka percaya bahawa serangan dapat dilakukan sebaik sahaja Jerman memusnahkan Tentera Udara Diraja (Royal Air Force [RAF]). | UMUM | |
PERTEMPURAN AUSTERLITZ | Pertempuran Austerlitz ialah pertempuran besar dalam Peperangan Napoleon. Ia berlaku pada tahun 1805 berhampiran bandar Austerlitz (kini dalam Republik Czech). | UMUM | |