Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.te.muan] | ڤرتموان

Definisi : 1. perihal bertemu, perjumpaan: kenangan beliau kembali kpd ~nya dgn Datuk Bomoh; 2. tempat bertemu (berkum­pul dll): Kuala Lumpur letaknya di ~ Sungai Gombak dgn Sungai Kelang; 3. perkum­pulan, perhimpunan (mesyuarat dll): dia mengajak orang-orang yg ada pd ~ itu agar bangkit menentang musuh; 4. pergaulan, persamaan (pendapat dll): aku perlukan engkau dlm soal menghadapi Kadir, kita banyak ~ pendapat; 5. perjodohan, perkah­winan: maka tidaklah syak lagi yg ~ itu sukar berpanjangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.te.muan] | ڤرتموان

Definisi : 1 perihal bertemu (dgn kawan dll): 2 perjumpaan: Dia masih ingat akan ~nya dgn penghulu kampung itu. 3 tempat bertemu (ttg sungai dll): Kuala Lipis letaknya di ~ Sungai Jelai dgn Sungai Lipis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
temu
Kata Terbitan : bertemu, menemui, menemukan, mempertemukan, pertemuan, penemuan, penemu,

Puisi
 

Bulan mengambang di celah awan,
     Pungguk merindu dengan berangan;
Sewajar memilih jodoh pertemuan,
     Tapak tangan satu perjuangan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Tepung kena ragi.

Bermaksud :

Pertemuan yang sangat mesra; pekerjaan yang lancar.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTEMUAN SASTERAWAN NUSANTARA

PERTEMUAN SASTERAWAN NUSANTARA, forum cendekiawan, sasterawan dan budayawan serantau.  Gagasan untuk mengadakan pertemuan ini lahir sewaktu berlangsungnya Seminar Kesusasteraan di Kuala Lumpur pada bulan April 1973.  Seminar ini telah menghasilkan beberapa penyataan yang menjadi dasar berlangsungnya Pertemuan Sasterawan Nusantara.  Antara pernyataan tersebut termasuklah (i) kesedaran adanya ikatan dan hubungan sejarah rumpun bangsa dan kebudayaan yang beradab lamanya antara rakyat negara-negara kawasan ikatan dan hubungan dalam penjelmaan dan pentafsiran baru bagi kepentingan dan kemajuan kebudayaan Nusantara, khususnya sasterawan dan (iii) kesedaran tentang hak penulis dan keadilan masyarakat.

SASTERAKarya
PERTEMUAN DUNIA MELAYU

PERTEMUAN DUNIA MELAYU, perhimpunan cendekiawan dunia Melayu dari wilayah kepulauan Melayu.  Pertemuan ini meliputi segala aspek budaya Melayu termasuk politik, sosioekonomi, agama, pelajaran, kesenian dan sebagainya.

SASTERAKarya
PERSIDANGAN PAN-AMERIKA

Persidangan Pan-Amerika ialah pertemuan

perwakilan daripada negara Amerika Utara, Amerika

Tengah dan Amerika Selatan. Pertemuan ini juga

dikenali sebagai Persidangan Antara-Amerika . Dalam

persidangan ini, negara-negara di benua Amerika

akan berusaha mewujudkan hubungan yang baik

sesama mereka.

UMUM 
PERTEMUAN

PERTEMUAN, novel karya A. Datuk Pamuncak Nan Sati.  Novel ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1927 dan sudah pun diulang cetak sebanyak tiga kali.  Cetakan yang terakhir pada tahun 1961.  novel setebal 191 halaman ini mengandungi tujuh keping gambar karya Hasan Basri.  Gambar kulit depan adalah tokoh utama, Masri yang cuba membunuh diri terjun ke tebing laut yang curam, tetapi berjaya ditangkap dari belakang oleh Rasdiana, kekasihnya.

SASTERAKarya
SENDI

Sendi ialah tempat pertemuan dua atau lebih

tulang dalam rangka tubuh. Tempat ini dikenali

juga sebagai artikulasi . Sendi boleh jadi tetap atau

boleh bergerak . Sendi tetap ialah kelim di antara

tulang yang terletak bertentangan dengan sama

satu lain, atau dipisahkan oleh satu lapisan nipis

tisu penyambung. Apabila terhantuk atau

kemalangan, sendi ini boleh menyerap secukup

kejutan supaya tulang tidak patah. Sendi pada

kranium (meliputi otak) adalah tetap dan

melindungi otak.

UMUM 
TABERNACLE

Tabernacle, juga dikenali sebagai Khemah

Pertemuan ialah pusat ibadat bagi orang Israel

semasa zaman kitab Bible awal. Menurut Buku

Exodus, orang Yahudi membina Tabernacle atau

tempat sembahyang semasa mereka berkelana di

padang pasir. Ia adalah sebagai simbol untuk

kediaman tuhan mereka, di dalam kawasan kem

atau petempatan mereka. Tempat ibadat yang lain

juga ada kalanya dikenali sebagai tabernacle.

UMUM 
KONGRES BERLIN

Kongres Berlin ialah pertemuan para

pemimpin negara-negara penting Eropah pada

tahun 1878 untuk memutuskan apa yang harus

dibuat terhadap kawasan Balkan yang dikuasai

oleh Empayar Uthmaniyyah, yang berpangkalan

di Turki.

UMUM 
NEREIDS

Nereids ialah 50 dewi laut yang cantik yang

menghadiri pertemuan tuhan laut, iaitu Poseidon

dan Amphitrite. Nereid ialah anak-anak kepada

dewi laut Doris dan Nereus yang juga dikenali

sebagai Orang Tua Laut. Nereid tinggal di laut dan

timbul di permukaan untuk menari di dalam

ombak. Pemimpin mereka ialah Thetis, iaitu ibu

kepada wira Archilles. Nereid yang terkenal

termasuklah Psamathe dan Galatea.

Lihat Andromeda; Nereus.

UMUM 
PAMIR

Pamir ialah wilayah yang besar yang menjadi

pertemuan Pergunungan Himalaya, Hindu Kush,

Kunlun, dan Tian Shan.

UMUM 
MAINZ

Mainz (pend.188 571) ialah bandar perdagangan

dan perindustrian di barat daya Jerman. Ia terletak

di pertemuan Sungai Rhine dengan Sungai Main.

Untuk lokasi, lihat Jerman (peta politik). Mainz ialah

ibu negeri Rhineland-Palatinate.

UMUM 
1234

Kembali ke atas