PERTIMBANGAN | Pertimbangan melibatkan pemahaman dan pengakuan bagaimana dua atau lebih idea mungkin berkeadaan serupa, atau bagaimana ia mungkin berbeza. Kita membuat pertimbangan bahawa idea ialah sesuatu perkara tertentu dan bahawa ia bukan sesuatu perkara yang lain. | UMUM | |
PRASANGKA | Prasangka ialah pendapat yang terbentuk tanpa mengambil waktu dan usaha untuk membuat pertimbangan dengan adil. Pendapat seperti itu mungkin baik atau tidak baik dan dibuat tanpa mempedulikan bukti yang tersedia. Dalam rencana ini, prasangka bererti pendapat tidak baik yang dipegang dengan cara ini tentang anggota-anggota suatu kumpulan sosial tertentu. Orang yang berprasangka cenderung memutarbelitkan, menyelewengkan, serta menyalahertikan ataupun mengabaikan fakta yang bertentangan dengan pendapat yang telah ditentukannya terlebih dahulu. Umpamanya, orang yang berprasangka mungkin percaya bahawa semua individu dalam suatu kumpulan umur, bangsa, kumpulan etnik, agama, seks atau wilayah sesebuah negeri itu pemalas, kejam, bodoh, tak stabil emosinya, ataupun tamak. | UMUM | |
ALBERT, PRINCE | Albert, Prince (1819–1861), mengahwini sepupunya, Ratu Victoria dari United Kingdom pada tahun 1840. Sebagai suami kepada Ratu, baginda dihormati kerana pertimbangan warasnya tentang industri dan perniagaan. | UMUM | |
NEUTRA, RICHARD JOSEPH | Neutra, Richard Joseph (1892–1970) ialah arkitek Austria yang bekerja di California, Amerika Syarikat. Reka bentuknya yang terbaik mencerminkan matlamatnya untuk membina bangunan yang memenuhi keperluan biologi dan psikologi, di samping pertimbangan seni dan teknikal. Dalam bukunya Survival Through Design (1954), Neutra menyatakan bahawa manusia dapat hidup hanya dengan mengawal alam sekitar menerusi reka bentuk, seni bina, dan perancangan bandar. | UMUM | |
NERVI, PIER LUIGI | Nervi, Pier Luigi (1891–1979) ialah arkitek dan jurutera Itali. Reka bentuknya menggambarkan kepercayaannya bahawa bentuk struktur industri yang praktik mestilah cantik dan anggun berdasarkan reka bentuk yang ringkas. Nervi terlatih sebagai jurutera dan dia berpendapat bahawa kecantikan arkitek mestilah diperoleh berdasarkan pengiraan matematik berbanding dengan pertimbangan estetika. Kerja Nervi mula dikenali apabila dia menggunakan konkrit bertetulang dengan cantik. Dia membina beberapa teknik struktur dengan menggunakan konkrit. | UMUM | |
PERTANIAN | PERTANIAN, kegiatan bercucuk tanam iaitu berkebun, berladang, berdusun dan bersawah. Pertanian merupakan asas kepada pembinaan tradisi budaya Melayu. Penempatan kampung Melayu secara tradisi berasaskan kemudahan untuk melakukan kegiatan tani. Tanah yang subur dan kemudahan untuk mendapatkan air merupakan pertimbangan penting dalam membina kampung-kampung tersebut. Umumnya, penempatan kampung Melayu tertumpu di kawasan tanah rendah yang berhampiran sungai dan anak-anak sungai. | BUDAYA | Konsep |
PAK KADUK | PAK KADUK, nama watak dalam cerita jenaka Melayu, sastera rakyat. Pak Kaduk melalui “Cerita Pak Kaduk” membawa watak bodoh sial. Dia bernasib baik tetapi rezeki tidak di pihaknya kerana sifat tamaknya. Dia juga tidak boleh dianggap bodoh seperti Pak Pandir kerana dia berdaya menggunakan akal supaya mendapat manfaat daripada usaha yang dilakukan. Malangnya tindakan yang diambil setelah membuat pertimbangan tidak sesuai dengan keadaan sebenar, menyebabkan dia kerugian, iaitu ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’. | SASTERA | Karya |