Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.to.lo.ngan] | ڤرتولوڠن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) meno-long, sesuatu (yg digunakan) utk meno­long, bantuan, sokongan: dgn rahmat dan ~ Allah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.to.lo.ngan] | ڤرتولوڠن

Definisi : 1 perbuatan atau hal memberi bantuan: Dgn ~ doktor, anaknya dpt diselamatkan. 2 = tolongan apa-apa yg diberikan utk menolong; bantuan; sokongan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tolong
Kata Terbitan : bertolong-tolongan, menolong, pertolongan, penolong,

Peribahasa

Kini gatal besok digaruk.

Bermaksud :

Pertolongan yang terlambat datang.

 

Lihat selanjutnya...(32)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTOLONGAN CEMAS

Pertolongan cemas ialah rawatan serta-merta

yang diberi kepada mangsa yang mengalami

kemalangan, sakit yang mendadak, atau lain-lain

kecemasan perubatan. Pertolongan cemas yang betul

dapat menyelamatkan nyawa mangsa, lebih-lebih lagi

jika mangsa itu mengalami pendarahan yang banyak,

terhenti pernafasannya, atau terkena racun.

Pertolongan cemas juga boleh mencegah masalah

perubatan yang selanjutnya yang terhasil daripada

kecederaan atau sakit.

UMUM 
KEMALANGAN

Kemalangan lihat Pertolongan cemas.

UMUM 
S O S

S O S ialah isyarat meminta pertolongan yang

diterima dari kapal yang berada dalam kecemasan.

Huruf ini tidak membawa makna tertentu dan

dipilih hanya kerana huruf ini merupakan huruf

paling mudah dihantar melalui wayarles. Ia terdiri

daripada tiga titik, tiga sempang, dan tiga titik.

UMUM 
RESUSITASI KARDIOPULMONARI

Resusitasi kardiopulmonari (CPR-Cardiopulmonary

Resuscitation) ialah prosedur

pertolongan cemas yang digunakan untuk

memulihkan pernafasan dan pengaliran darah

seseorang. CPR biasanya diberi kepada mangsa

serangan jantung yang teruk atau mangsa

kemalangan yang serius. Untuk membolehkan

mangsa terus hidup, penyelamat mesti

memulakan CPR dalam masa empat minit selepas

pernafasan dan denyutan jantung mangsa

terhenti. Hanya mereka yang betul-betul terlatih

melaksanakan CPR patut melakukan prosedur ini.

UMUM 
PERSATUAN SEKERJA

Persatuan sekerja di Zaman Pertengahan ialah

persatuan orang yang mempunyai minat yang

sama, atau terlibat dalam tugas yang sama. Mereka

menubuhkan pertubuhan-pertubuhan amal,

keagamaan, dan sosial. Ahli persatuan keagamaan

membayar wang untuk tabung bersama. Ahli yang

memerlukan pertolongan disebabkan sakit atau

untuk kegunaan masa tua menerima bantuan yang

dikenali sebagai sedekah. Persatuan ini

mengadakan upacara mass (upacara orang yang

beragama Katolik) untuk ahli yang meninggal

dunia. Pada tahun 1500-an, aktiviti persatuan

keagamaan ini disekat di England.

UMUM 
SURAH AL-MA‘UN

Surah al-Ma‘un ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-107 mengikut susunan

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

tujuh ayat. Surah ini dinamakan al-Ma‘un

berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit

pertolongan (kepada orang yang berhak

mendapatkannya”.

(Surah al-Ma‘un 107:7)

UMUM 
RASUK

RASUK, satu keuzuran mental dan fizikal yang dipercayai berpunca daripada gangguan kuasa luar biasa seperti hantu, polong, pelesit, hantu raya dan jembalang. Ini berkaitan dengan kepercayaan orang Melayu yang kuasa ghaib boleh meresapi badan manusia dan fikiran. Seseorang yang kena rasuk atau kerasukan akan ketakutan dan terpekik-pekik meminta pertolongan. Rasuk boleh berlaku secara tiba-tiba. Hanya orang yang lemah semangat sahaja dapat dirasuk.

BUDAYAKonsep
SAINT BERNARD

Saint Bernard ialah anjing besar, bijak yang

menjadi terkenal kerana menyelamatkan

pengembara yang sesat. Anjing ini dilatih pada

tahun 1600-an oleh sekumpulan rahib dari biara St.

Bernard, di Pergunungan Alps Switzerland. Pada

masa itu, ramai pengembara pergi ke Pergunungan

Alps dengan berjalan kaki. Ada yang sesat semasa

perjalanan atau tertimbus oleh salji hanyut atau

ribut salji yang datang secara tiba-tiba. St. Bernard

dilatih untuk menyelamatkan mereka yang

menghadapi masalah begini. Dengan deria bau

yang tajam, St. Bernard boleh menjumpai orang

yang tertimbus di bawah timbunan salji. Setelah

menemui mangsa, ia meminta pertolongan dengan

menyalak kuat-kuat. Anjing ini juga dilatih untuk

memandu pengembara melalui laluan yang

berbahaya, dan memberi amaran tentang tempat

berpijak yang berbahaya. Pelukis Inggeris, Sir

Edwin Landseer, melukis gambar anjing ini pada

sebuah tong kayu kecil yang tergantung di

lehernya. Tetapi pihak berkuasa menyatakan St.

Bernard tidak pernah membawa tong kecil ini

semasa misi menyelamat.

UMUM 
BANGGAI

BANGGAI, sekumpulan pulau kecil yang terletak di antara Sulawesi Timur dengan Pulau Sula. Banggai juga disebut Semenanjung Banggai. Sejarah awal Banggai berhubung rapat dengan negeri-negeri jirannya. Banggai dianggap sebagai negeri yang wujud di bawah ketuanan Ternate serta kawasan lain seperti Sulawesi, Gorontalo, Buton, Solor, Seram dan Ambon pada zaman kegemilangan Ternate sekitar tahun     1620-an. Banggai perlu taat setia kepada Ambon apabila Ambon menggantikan Ternate sebagai kuasa tertinggi di seluruh Laut Timur pada pertengahan abad ke-17. Menurut rekod sejarah, Ternate dapat mencapai matlamat untuk memperluaskan kuasanya melalui pertolongan secara tidak langsung dari Banggai. Keadaan ini timbul kerana pedagang tempatan di Banggai bertanggungjawab menjual senjata api, kapak dan pisau kepada Ternate dalam kempen untuk menggulingkan musuhnya, Ambon.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas