Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.tua.nan] | ڤرتوانن

Definisi : 1. golongan orang bangsawan, kaum ningrat: tatkala itu Bendahara pun hendak masuk menghadap baginda diiring-kan oleh segala pegawai dan ~; Dewan P~ dewan yg dianggotai oleh orang bangsawan dlm parlimen Inggeris; 2. kuasa pemerintahan (ke atas negara dll): dgn itu pemerintahan atau ~ Siam di atas kedua-dua negeri itu pun diiktiraf; 3. = hak ~ kedaulatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.tua.nan] | ڤرتوانن

Definisi : 1 golongan bangsawan. 2 pemerintahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuan (kata nama)
1. Bersinonim dengan tuan punya: pemilik, empunya, pemunya, majikan, tauke,

2. Bersinonim dengan encik: saudara

Kata Terbitan : bertuankan, menuani, mempertuani, tuanan, ketuanan, pertuanan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DEWAN PERTUANAN

Dewan Pertuanan ialah salah sebuah daripada

dua buah dewan Parlimen, iaitu badan penggubal

undang-undang di United Kingdom. Dewan yang

satu lagi ialah Dewan Rakyat, yang lebih berkuasa

daripada Dewan Pertuanan.

UMUM 
DEWAN RAKYAT

Dewan Rakyat ialah salah satu daripada dua

buah dewan Parlimen, iaitu badan penggubal

undang-undang di United Kingdom selain

Dewan Pertuanan

UMUM 
DEWAN PERWAKILAN

Dewan Perwakilan ialah salah satu daripada

dua badan penggubal undang-undang bagi

kebanyakan perundangan. Dewan perundangan

yang lagi satu dikenali sebagai dewan senat

atau dewan pertuanan, dan dewan perwakilan

adalah yang terbesar antara dua dewan tersebut.

UMUM 
PERANG TABUK

Perang Tabuk berlaku pada bulan Rejab tahun

ke-9 H., antara orang Islam di bawah pimpinan Nabi

Muhammad s.a.w. dengan orang Rom di Syam. Raja

Rom bernama Harqal telah mengumpulkan orang

Rom dan kabilah-kabilah Arab yang berada di

bawah pertuanan Rom, untuk memerangi orang

Islam. Rasulullah s.a.w. yang mengetahui perkara ini,

keluar bersama-sama 30 000 orang tentera Islam

untuk menentang mereka pada tahun yang

mengalami kemarau dan cuaca yang sangat panas.

UMUM 
ASQUITH, HERBERT HENRY

Asquith, Herbert Henry (1852–1928),

negarawan Inggeris yang berkhidmat sebagai

perdana menteri United Kingdom dari tahun 1908

hingga tahun 1916. Kerajaannya penting kerana Old

Age Pension Act (1908), National Insurance Act

(1911) dan Parliament Act (1911) yang mengehadkan

kuasa Dewan Pertuanan.

UMUM 

Kembali ke atas