Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Kl; memeru menabur (benih). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peru


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERU

Peru ialah negara ketiga terbesar di Amerika

Selatan. Hanya Brazil dan Argentina mempunyai

kawasan yang lebih luas. Peru ialah negara yang

berbeza sekali landskap dan iklimnya. Negara ini

terletak di barat Amerika Selatan, di sepanjang Lautan

Pasifik.

UMUM 
ARUS PERU

Arus Peru ialah arus lautan yang sejuk, lebar

tetapi cetek di Lautan Pasifik. Ia mengalir dengan

perlahan ke arah utara di sepanjang pantai barat

Amerika Selatan. Di sepanjang pantai Peru, suhu

airnya ialah 8 ° C lebih sejuk daripada normal bagi

permukaan Lautan Pasifik di garis lintang tersebut.

Kebanyakan ahli sains percaya bahawa angin

meniup air permukaan yang panas, menyebabkan

air yang lebih sejuk dari bawah naik ke permukaan.

Arus ini juga dinamakan Arus Humboldt (lihat

Humboldt, Baron von ).

UMUM 
ATAHUALPA

Atahualpa (1500?–1533), yang juga digelar Atabalipa,

ialah raja terakhir bagi Empayar Inca di Peru. Dalam

tahun 1532, tidak lama selepas Atahualpa menaiki

takhta, Francisco Pizarro serta para pengikutnya telah

mendarat di Peru (lihat Pizarro, Francisco ). Atahualpa

enggan mengakui Raja Charles I Sepanyol sebagai

yang dipertuannya ataupun menerima agama Kristian.

Para pengikut Pizarro kemudiannya telah membunuh

lebih daripada 4000 orang bangsawan Inca yang tidak

bersenjata, dan Atahualpa dipenjarakan.

Walaupun baginda banyak mempunyai emas dan

perak sebagai tebusan, tetapi Atahualpa tidak

dibebaskan. Baginda dihukum bunuh pada tahun

1533.

Lihat juga Inca (Sejarah).

UMUM 
APRA

APRA lihat Peru (Kebangkitan APRA).

UMUM 
PUKUL EMPAT

Pukul empat juga dikenali sebagai keajaiban

Peru , ialah tumbuhan saka yang menarik

(tumbuhan yang hidup lebih daripada satu tahun)

yang berasal dari kawasan tropika Amerika. Ia

mudah tumbuh, dan sering ditanam sebagai

tumbuhan tahunan (tumbuhan yang hidup hanya

satu tahun). Pukul empat tumbuh daripada kira-kira

60 hingga 120 sentimeter tingginya. Bunganya yang

harum berwarna putih, samar, merah, kuning, atau

campuran beberapa warna ini. Apa yang kelihatan

sebagai bunga adalah sebenarnya involukre

(braktea yang diubahsuai) yang berwarna-warni

yang mengelilingi bunga sebenar yang halus. Pukul

empat mendapat namanya kerana bunganya

kembang pada lewat petang dan kuncup pada

waktu pagi.

UMUM 
PÉREZ DE CUÉLLAR, JAVIER

Pérez de Cuéllar, Javier ( 1920– ) ialah

diplomat Peru yang berkhidmat sebagai Setiausaha

Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

kelima dari tahun 1982 hingga tahun 1991. Dia

menggantikan Kurt Waldheim dari Austria yang

memegang jawatan itu sejak tahun 1972. Pérez de

Cuéllar ialah Setiausaha Agung PBB pertama yang

berasal dari Amerika Latin. Dia berkhidmat selama

dua penggal iaitu sepanjang sepuluh tahun. Dia

digantikan oleh Boutros Boutros-Ghali dari Mesir

pada bulan Januari 1992.

UMUM 
EL MISTI

El Misti ialah sebuah gunung berapi berbentuk

kon yang cantik di Selatan Peru.

UMUM 
MACHU PICCHU

Machu Picchu ialah tapak bandar Inca purba,

lebih kurang 80 kilometer di barat laut Cusco, Peru.

UMUM 
TASIK TITICACA

Tasik Titicaca ialah tasik paling tinggi yang

boleh dilayari di dunia. Letaknya di sempadan di

antara Peru dengan Bolivia dan berada 3812 meter

di atas aras laut. Panjang tasik ini ialah 180 kilometer

dan lebarnya lebih kurang 72 kilometer. Ia meliputi

lebih kurang 8300 kilometer persegi dan dalamnya

melebihi 270 meter di beberapa tempat. Sungai

Desaguadero mengalir keluar dari hujung selatan

Tasik Titicaca dan mengalir masuk ke Tasik Poopó di

Bolivia .

UMUM 
ECUADOR

Ecuador ialah negara paling kecil di Amerika

Selatan. Ia terletak di pantai barat benua itu di

antara Colombia dengan Peru. Garisan Khatulistiwa

merentangi Ecuador dan Ecuador mendapat nama

daripadanya.

UMUM 
12

Kembali ke atas