Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ru.ba.tan]/[per.u.ba.tan] | ڤراوبتن

Definisi : perihal berubat, yg berkaitan dgn ubat atau usaha mengubati: ilmu ~; jabatan ~; pakar ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ru.ba.tan]/[per.u.ba.tan] | ڤراوبتن

Definisi : semua perkara yg bersangkutan dgn hal berubat: ilmu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perubatan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERUBATAN

Perubatan . Bidang perubatan merupakan sains

dan kepakaran tentang kajian penyakit,

penyembuhan serta pencegahannya. Perubatan

boleh dianggap salah satu cabang ilmu kerana ia

berdasarkan pengetahuan yang diperolehi melalui

kajian yang teliti dan uji kaji secara terperinci. Ia

boleh dianggap satu seni kerana ia bergantung

pada kemahiran para doktor atau sesiapa yang

terlibat dalam perkhidmatan ini dalam

menggunakan ilmu yang ada ketika merawat

pesakit.

UMUM 
PERUBATAN AEROANGKASA

Perubatan aeroangkasa ialah bidang sains

perubatan yang berkaitan dengan kesan

penerbangan terhadap kesihatan manusia. Ia

meliputi perubatan penerbangan , penjagaan anak

kapal dan penumpang; dan perubatan angkasa ,

penjagaan angkasawan. Doktor dan ahli sains

dalam bidang ini cuba meningkatkan prestasi

kerja dan keselamatan, dan juga kesihatan,

mereka yang menaiki kapal terbang.

UMUM 
PERUBATAN VETERINAR

Perubatan veterinar ialah cabang perubatan

yang menangani penyakit haiwan. Doktor haiwan

dikenali sebagai doktor veterinar . Khidmat mereka

terutamanya bernilai kerana banyak penyakit haiwan

boleh menjangkiti manusia. Penyakit demikian

dikenali sebagai zoonose . Ia termasuk rabies ,

bruselosis, tuberkulosis, psitakosis (demam nuri)

dan tularemia (demam arnab).

UMUM 
PERUBATAN SUKAN

Perubatan sukan ialah satu bidang perubatan

yang menyediakan penjagaan kesihatan bagi orang

yang selalu aktif dari segi fizikal. Tujuan utamanya

adalah untuk mengurangkan risiko terhadap

kecederaan dan untuk merawat secara berkesan

sebarang kecederaan sekiranya ia berlaku.

Perubatan sukan berasaskan pengetahuan yang

sedia ada pada beberapa pakar, termasuk doktor,

pelatih-pelatih olahraga, pakar fisiologi, dan juga

pendidik jasmani. Pakar tersebut akan menolong

menentukan jenis latihan yang perlu dilaksanakan

untuk membantu para atlet mempersembahkan

prestasi terbaik masing-masing tanpa mengalami

sebarang kecederaan. Pakar perubatan sukan ini

juga akan membuat penilaian tentang kaedah

melatih para atlet, penguatkuasaan segala peraturan

bagi mencegah kecederaan, dan juga reka bentuk

dan penggunaan peralatan olahraga dan

kemudahan.

UMUM 
PERUBATAN OSTEOPATIK

Perubatan osteopatik ialah suatu sistem

perubatan yang berasaskan kepercayaan bahawa

semua sistem tubuh adalah saling berkait.

Penyakit di salah satu bahagian tubuh akan

menjejaskan bahagian tubuh yang lain. Oleh itu,

seluruh tubuh seseorang itu mesti diperiksa

apabila memberi rawatan. Perubatan osteopatik

menekankan kepentingan sistem otot skeletal

tubuh. Sistem ini terdiri daripada otot dan tulang

serta tendon dan ligamen yang menyambungkannya.

UMUM 
PERSATUAN PERUBATAN BRITISH

Persatuan Perubatan British (British

Medical Association [BMA]) ialah persatuan

profesional sukarela bagi doktor. Ia ditubuhkan

pada tahun 1932 untuk meningkatkan taraf sains

perubatan dan sains yang berkaitan dan untuk

mengekalkan kehormatan dan minat terhadap

profesion perubatan.

UMUM 
INSTITUT PENYELIDIKAN PERUBATAN UMUM 
PERUBATAN PSIKOSOMATIK

Perubatan psikosomatik ialah penggunaan

kaedah dan prinsip psikologi untuk merawat

penyakit jasmani . Istilah ini diambil daripada

perkataan Yunani psyche, yang bererti minda , dan

soma yang bererti tubuh.

UMUM 
AKTA PERUBATAN 1971

Akta Perubatan 1971, akta yang memperuntukkan pendaftaran, amalan dan peraturan tatatertib pengamal perubatan. Akta ini digubal dan berkuat kuasa pada bulan September 1971.

UNDANG-UNDANGAkta
ILMU PERUBATAN MELAYU

ILMU PERUBATAN, pedoman perubatan secara tradisional bagi menjauhkan manusia daripada ancaman gangguan pelbagai jenis penyakit. Ilmu perubatan Melayu bukan sahaja berkisar pada keuzuran dan penyakit tetap meliputi hal yang mengganggu kesejahteraan kehidupan manusia.

BUDAYAKonsep
12345678910...

Kembali ke atas