Setem perdagangan ialah premium atau bonus yang diberikan oleh peruncit kepada pembeli barangan yang membeli secara tunai. Setem ini dikumpulkan untuk ditukarkan dengan barangan lain ataupun untuk mendapatkan diskaun daripada barang dagangan peruncit tersebut. Syarikat setem perdagangan menjual setem itu kepada peruncit. Syarikat juga boleh menebus (menukar) setem tersebut untuk mendapatkan pelbagai barangan seperti perkakas, barangan rumah atau peralatan sukan. Kedai koperasi mungkin memberikan setem bagi setiap pembelian. Setem ini juga boleh ditukarkan untuk barangan lain di kedai koperasi. Ahli perniagaan Amerika, Thomas Sperry, menubuhkan syarikat setem perdagangan yang pertama pada tahun 1896. Walaupun penggunaan setem ini telah merosot, masih terdapat syarikat yang memberikan setem ini untuk meningkatkan hasil jualan. |