Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perunding;


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HUNAIN BIN ISHAK

Hunain bin Ishak, (192-260 H/808-873 M) ialah perunding, penterjemah dan tokoh perubatan Islam.

AGAMATokoh
DRUCKER, PETER FERDINAND

Drucker, Peter Ferdinand (1909-2005) ialah ahli teori pengurusan, perunding pengurusan, pendidik dan pengarang Amerika Syarikat kelahiran Austria.

EKONOMI DAN PENGURUSANTokoh
PERJANJIAN GHENT

Perjanjian Ghent menamatkan peperangan

antara United Kingdom (UK) dengan Amerika

Syarikat pada tahun 1812. Kedua-dua buah negara

tersebut menandatangani perjanjian ini di Ghent,

Belgium pada 24 Disember 1814 dan

mengesahkannya pada 17 Februari 1815. Perunding

dari Amerika ialah John Quincy Adams, James A.

Bayard, Henry Clay, Jonathan Russell dan Albert

Gallatin . Wakil United Kingdom terdiri daripada Sir

James Gambier, Henry Goulburn dan William

Adams . Walau bagaimanapun, perjanjian tersebut

tidak dapat menyelesaikan pertikaian yang

mencetuskan peperangan. Perjanjian itu hanya

dapat mengembalikan semula suasana aman.

Perjanjian itu tidak pun menyebut bahawa pelaut

Amerika dipaksa berkhidmat dalam kapal United

Kingdom. Perkara ini tidak dimasukkan kerana tidak

begitu mustahak. Tiada sebab bagi orang Inggeris

untuk melaksanakan perkara ini selepas kekalahan

Napoleon pada tahun 1815.

UMUM 
TABUNG KEWANGAN ANTARABANGSA (IMF)

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)

ialah pertubuhan yang dianggotai lebih daripada

150 buah negara yang berusaha untuk menubuhkan

satu sistem pembayaran dan perdagangan

antarabangsa yang cekap. IMF berusaha untuk

membantu negara anggota mencapai pertumbuhan

ekonomi yang pantas, tahap guna tenaga yang

tinggi dan meningkatkan taraf hidup. IMF bertindak

sebagai agensi perunding kewangan antarabangsa

dan masalah hutang. Anggota pertubuhan ini

bekerjasama untuk mengekalkan persetujuan

pertukaran yang teratur antara negara.

IMF ditubuhkan selepas Persidangan Bretton

Woods pada tahun 1944. Ia mula beroperasi pada

tahun 1947 dengan tabung kewangan bernilai AS$9

bilion dalam bentuk mata wang dan emas. IMF

menggunakan tabung itu untuk membantu negara

anggota untuk menyelesaikan masalah imbangan

pembayaran. Pada tahun 1969, IMF mengadakan

sejenis aset simpanan yang dikenali sebagai Hak

Pengeluaran Khas (SDR – Special Drawing Rights)

sebagai tambahan kepada simpanan mata wang dan

emas antarabangsa. Sehingga awal tahun 1990-an,

IMF mempunyai aset bernilai lebih kurang AS$120

bilion.

UMUM 
KAMUS BAHASA INDONESIA

KAMUS BAHASA INDONESIA, kamus yang disusun oleh sebuah kumpulan pekerja yang mengandungi 17 orang yang  terdiri daripada seorang ketua, iaitu, Dra. Sri Sukesi Adiwimarta, tiga orang pakar perunding dan 13 orang anggota. Kamus ini diterbitkan oleh Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia pada tahun 1983. Kamus ini mengandungi dua jilid, iaitu jilid pertama setebal 891 halaman, jilid kedua pula mengandungi 1580 halaman dan berukuran 15 cm x 21 cm.

BAHASAPenerbitan

Kembali ke atas