Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ru.sa.ha.an]/[per.u.sa.ha.an] | ڤراوسهاءن

Definisi : 1. pekerjaan (kegiatan dsb) secara besar-besaran utk membuat (meng-hasilkan, mengeluarkan) barang-barang, industri: ~ batik di Kelantan; ~ gula; 2. pekerjaan ber-niaga secara besar-besaran, pekerjaan yg dilaku-kan utk mencari keuntungan: oleh sebab kedai itu terlampau kecil, dia sekarang membuka ~ di gedung yg lebih besar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ru.sa.ha.an]/[per.u.sa.ha.an] | ڤراوسهاءن

Definisi : 1 pekerjaan secara besar-besaran utk membuat atau utk mengeluarkan barang-barang spt kain, baju; industri: ~ gula. 2 pekerjaan berniaga secara besar-besaran: Ia sudah kaya sekarang kerana ~nya sangat maju. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
usaha (kata nama)
Bersinonim dengan daya upaya, ikhtiar, kegiatan, perbuatan, tenggang;,
Kata Terbitan : berusaha, mengusahakan, perusahaan, pengusaha,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERUSAHAAN AWAMInstitusi ekonomiEKONOMI DAN PENGURUSANInstitusi/Organisasi
PERUSAHAAN OTOMOBIL KEDUA (PERODUA)

Perusahaan Otomobil Kedua (PERODUA)

ialah pengeluar kereta nasional yang kedua.

PERODUA ditubuhkan pada tahun 1993. Syarikat

PERODUA mengandungi Perodua sebagai syarikat

induk, Perodua Manufacturing Sdn. Bhd. sebagai

pengilang dan Perodua Sales Sdn. Bhd. sebagai

syarikat pengedar dan penjual.

UMUM 
PERUSAHAAN OTOMOBIL NASIONAL(PROTON)Institusi perusahaan kenderaanEKONOMI DAN PENGURUSANInstitusi/Organisasi
SISTEM PERUSAHAAN BEBAS

Sistem perusahaan bebas lihat Kapitalisme.

UMUM 
DEWAN PERNIAGAAN DAN PERUSAHAAN MELAYU MALAYSIADEWAN PERNIAGAAN DAN PERUSAHAAN MELAYU MALAYSIA, nama baharu bagi Dewan Perniagaan Melayu Malaya. Dewan Perniagaan dan Melayu Malaysia (DPPMM) ditubuhkan pada tahun 1974, merupakan gabungan Gabungan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (GDPMM) yang telah ditubuhkan sejak tahun 1965.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PERTAMINAInstitusi perusahaan petroliam IndonesiaEKONOMI DAN PENGURUSANInstitusi/Organisasi
SYARIKAT

Syarikat ialah perusahaan perniagaan tempat

manusia bekerja bersama-sama untuk tujuan

pengilangan, pembelian, atau tempat penjualan

barangan, atau tempat penyediaan perkhidmatan.

Hampir di kesemua negara, ada akta syarikat,

undang-undang yang mengawal syarikat untuk

memastikannya menjalankan perniagaan dengan

cara yang betul. Umumnya, akta syarikat

mendorong manusia yang mahu memulakan

syarikat membuat permohonan formal. Jika

permohonan diterima, syarikat akan didaftarkan di

pejabat kerajaan.

UMUM 
NOTTINGHAM

Nottingham merupakan bandar perusahaan yang

terletak di tengah England. Nottingham terletak di

tebing utara Sungai Trent. Untuk lokasi bandar ini,

lihat England (peta politik). Bandar ini adalah pusat

pentadbiran bagi wilayah Nottinghamshire.

UMUM 
PERBADANAN KEWANGAN ANTARABANGSA

Perbadanan Kewangan Antarabangsa –

International Finance Corporation (IFC) ialah

badan pelaburan yang dimiliki dan dibiayai oleh

kira-kira 125 buah negara. IFC menggalakkan

pertumbuhan perusahaan swasta yang produktif

di kalangan negara anggota yang kurang

membangun. Ia melabur dalam perusahaan

swasta di negara tersebut tanpa jaminan daripada

pihak kerajaan. Pelaburannya membentuk

sebahagian daripada jumlah pelaburan lebih

besar yang disediakan oleh pelabur usahawan

swasta tempatan dan pelabur asing. IFC juga

melabur dalam projek yang dibiayai bersama oleh

kerajaan dan pelabur swasta.

UMUM 
YOKOHAMA

Yokohama (pend. 2 992 644) ialah pelabuhan

dan pusat utama perdagangan dan perusahaan

Jepun.

UMUM 
123

Kembali ke atas