Menggantung tanpa perbicaraan lazimnya bermakna pembunuhan yang umumnya dilakukan oleh perusuh dengan menggantung seseorang tanpa menghiraukan undang-undang dan peraturan. Mangsa penggantungan tanpa perbicaraan tidak ada peluang bagi mempertahankan diri mereka. Perusuh cuma menganggap mangsanya bersalah, sama ada dibicarakan atau tidak. Walaupun rusuhan ganas sedemikian pernah berlaku di beberapa negara pada berlainan masa, namun begitu, istilah menggantung tanpa perbicaraan secara khusus dikaitkan dengan Amerika Syarikat. Kebanyakan negeri di Amerika Syarikat cuba menghentikan perbuatan menggantung tanpa perbicaraan melalui undang-undang. Sesetengah negeri menjalankan dakwaan mengikut undang-undang menentang homisid, rusuhan dan serangan. Negeri-negeri yang lainnya mempunyai undang-undang menggantung tanpa perbicaraan yang khusus. Namun begitu, pengawalan melalui undang-undang tidak berjaya mencegah menggantung tanpa perbicaraan. |