Sprat adalah satu daripada ikan laut yang lebih kecil dalam famili hering. Sprat membesar sepanjang 20 sentimeter. Ia hidup di perairan pantai Eropah dari Laut Baltik dan Laut Utara hingga ke Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Ikan ini mempunyai badan yang leper dengan tepi bergerigi mata gergaji di sepanjang perutnya. Sprat adalah ikan makanan yang penting. Ia dimakan segar atau disalai. Sesetengahnya ditinkan dalam minyak sebagai sardin kecil. Yang lain diproses untuk dijadikan minyak ikan dan mil ikan. Pengelasan saintifik. Sprat tergolong dalam famili hering, Clupeidae. Sprat Eropah ialah Sprattus sprattus. |