Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pés] | ڤيس

Definisi : (pés) 1. campuran cecair dan serbuk yg lembut dan pekat yg mudah dibentuk atau disapu; 2. (ERT) sediaan makanan, spt daging atau ikan kisar, utk disapu pd roti dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pés] | ڤيس

Definisi : (pés) IB sj penyakit berjangkit yg di­sebabkan oleh kuman yg dibawa oleh tikus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pés] | ڤيس

Definisi : /pés/ 1 campuran cecair dgn serbuk atau bahan yg dilumatkan, pekat, lembut dan basah, dan boleh dibentuk atau disapukan pd sesuatu. 2 sj makanan yg disediakan drpd daging, ikan dsb yg dikisar dan dicampurkan dgn cili, bawang dll serta disapukan pd roti dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pes


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EKSTRAK DAGING

Ekstrak daging ialah pes berperisa daging

pekat. Tukang masak sering memperisa sup dan

sos dengan ekstrak daging. Pembuat makanan

menggunakan ekstrak lembu atau ekstrak ayam

untuk membuat kiub rebusan.

UMUM 
PEREKAT

Perekat ialah bahan yang melekatkan

permukaan. Perekat, yang termasuk bahan seperti

simen, epoksi, glu dan pes, digunakan dengan

meluas dalam industri dan di rumah. Ia

memainkan peranan penting dalam pembuatan

kapal terbang, kereta, buku, dan perabot dan

dalam pembinaan bangunan dan jalan raya. Ramai

orang menggunakan epoksi dan glu untuk

melakukan kerja pembaikan mudah di rumah.

UMUM 
SIMEN DAN KONKRIT

Simen dan konkrit adalah antara bahan binaan

yang paling penting. Simen ialah serbuk halus,

berwarna kelabu. Simen dicampurkan dengan air

dan bahan seperti pasir, kelikir, dan batu hancur

untuk membuat konkrit. Simen bersama air

membentuk pes yang mengikat bahan-bahan lain

semasa konkrit itu mengeras. Kita sering

menyalahgunakan perkataan simen dan konkrit.

Misalnya, kita mungkin bercakap tentang “turapan

simen”, tetapi turapan itu sebenarnya dibuat

daripada konkrit.

UMUM 
SPODE CHINA

Spode China ialah sejenis porselin buatan

Inggeris yang popular. Ia mula dikeluarkan buat

pertama kalinya dalam sebuah kilang yang

ditubuhkan pada tahun 1770 oleh Josiah Spode

(1733–1797) yang terletak berdekatan dengan

Stoke-on-Trent di Staffordshire. Spode juga diberi

penghargaan sebagai orang yang mencipta bone

china. Menjelang tahun 1796, dia mengeluarkan

sejenis porselin yang sesuai untuk membuat

pinggan mangkuk yang dapat digunakan dalam

majlis makan malam yang dinamakan English

china, yang dianggap sebagai bone china yang

pertama yang pernah dibuat. Anak lelaki Spode,

Josiah (1754–1827), telah mencapai kejayaan dalam

pemasaran bone china menjelang lebih kurang

pada tahun 1799. Bagi mencipta bone china, abu

tulang dicampurkan dengan suatu pes yang keras.

Tanah liat yang sememangnya sudah menjadi

bahan-bahan tradisi yang digunakan dalam

pembuatan porselin. Bone china mempunyai rupa

yang lut cahaya, berwarna putih susu bak gading

dan tidak mudah terserpih.

UMUM 

Kembali ke atas