SUKAN TANAH TINGGI | Sukan tanah tinggi ialah pertandingan olah raga, pertandingan meniup seruling dan tarian diadakan setiap tahun di Scotland pada musim bunga. Sukan ini juga dikenali sebagai Perjumpaan Tanah Tinggi. Peserta-peserta datang dari semua daerah di Scotland, berpakaian seperti orang Tartan (lihat Tartan). | UMUM | |
ORIENTEERING | Orienteering, sukan dengan peserta berjalan dari suatu tempat ke suatu tempat dengan menggunakan peta dan kompas. | UMUM | |
SUKAN PASIFIK SELATAN | Sukan Pasifik Selatan dibuka kepada peserta dari semua negara dan kawasan kepulauan di Pasifik Selatan kecuali Australia dan New Zealand. Kebanyakan atlet dari kepulauan utama di kawasan Pasifik Selatan mengambil bahagian lebih daripada 12 acara sukan di temasya ini. Sukan Pasifik Selatan pertama kali diadakan di Fiji pada tahun 1965. Sukan seterusnya diadakan di New Caledonia pada tahun 1967, Papua New Guinea pada tahun 1969, Polinesia Perancis pada tahun 1971, Guam pada tahun 1975, Fiji pada tahun 1979, Samoa Barat pada tahun 1983, New Caledonia pada tahun 1987, Papua New Guinea pada tahun 1991, Guam pada tahun 1999 dan Fiji pada tahun 2003. | UMUM | |
MEMBELAH KAYU | Membelah kayu ialah sejenis sukan pertandingan yang popular di Australia dan New Zealand. Pertunjukan pertanian negeri ini menarik lebih daripada 150 orang ahli mengapak kayu termasuk peserta dari luar negara. Badan yang menguruskan pertandingan itu di Australia ialah Persatuan Pengapak Kayu Australia. | UMUM | |
LARI BERGANTI-GANTI | Lari berganti-ganti, acara lumba lari yang melibatkan empat orang peserta dalam satu kumpulan membawa baton secara bergilir-gilir dari garisan mula hingga penamat. | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
PESTA DUNIA | Pesta dunia ialah pameran antarabangsa yang memperagakan barangan yang berkaitan dengan perdagangan, industri dan sains. Kebanyakan pesta ini menawarkan aktiviti hiburan dan kebudayaan serta mempromosikan pelancongan dalam sesuatu wilayah atau negara. Peserta pameran termasuklah syarikat kerajaan dan syarikat swasta. | UMUM | |
BERENDOI | BERENDOI, seni pentas yang dipersembahkan sempena upacara mencukur rambut anak yang baru lahir. Apabila umur anak itu genap tujuh hari, dijalankan upacara mencukur rambut serta naik endoi (buai). Pada ketika anak itu selamat dinaikkan ke endoi, beberapa peserta dijemput khusus untuk berdikir atau memulakan persembahan dikir berendoi. Peserta ini memakai baju Melayu dengan kain pelekat atau pantalon, bersongkok atau berkopiah. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
PERSIDANGAN KESELAMATAN DAN KERJASAMA DI EROPAH | Persidangan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (Conference on Security and Cooperation in Europe – CSCE) ialah siri persidangan yang diadakan untuk meningkatkan kerjasama di antara negara-negara Timur dengan Barat Eropah. Sehingga akhir tahun 1991, peserta persidangan ini ialah Kesatuan Soviet dan semua negara di Eropah, termasuk Amerika Syarikat dan Kanada. Pada tahun 1991, Kesatuan Soviet berpecah dan menjadi beberapa buah negara yang merdeka. Sejak itu, Rusia menduduki kerusi Kesatuan Soviet, dan negeri- negeri yang dahulunya bernaung di bawah Kesatuan Soviet juga telah menyertai CSCE. Sebahagian daripada negara-negara tersebut adalah di Asia Barat dan Asia Tengah. Kini, kira-kira 50 buah negara secara rasmi menyertai CSCE. | UMUM | |
PROSEDUR PARLIMEN | Prosedur parlimen ialah kaedah menjalankan mesyuarat dengan cara yang teratur. Apabila orang mengadakan mesyuarat, mereka memerlukan peraturan yang akan membantu mereka mencapai matlamat mereka. Peraturan prosedur parlimen membantu pengerusi menjaga tertib semasa mesyuarat dan juga memberi panduan kepada para peserta dalam menjalankan mesyuarat. Prosedur ini dikenali sebagai prosedur parlimen kerana ia diambil daripada peraturan dan kebiasaan yang diamalkan oleh parlimen United Kingdom. Prosedur parlimen juga dikenali sebagai hukum parlimen, amalan parlimen dan peraturan tertib . | UMUM | |
MEREJAM LEMBING | Merejam lembing. Acara padang yang memerlukan seseorang peserta membaling lembing sejauh yang mungkin ke dalam kawasan mendarat. | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |