Schopenhauer, Arthur (1788–1860) ialah ahli falsafah Jerman yang terkenal kerana pandangannya yang pesimistik dan gaya prosanya yang halus. Schopenhauer kuat dipengaruhi oleh ahli falsafah Jerman, Immanuel Kant. Bertolak daripada hujah Kant, Schopenhauer menegaskan bahawa dunia yang kita alami melalui pancaindera kita adalah perlambangan semata-mata. Yang dimaksudkannya ialah dunia yang kita alami bukan dunia yang benarnya, sebaliknya kita seolah-olah memaparkan dunia ini kepada diri kita sendiri. Semasa menggambarkan dunia ini kepada diri kita, kita mengubahnya. |