PESISIR LAUT | Pesisir laut ialah tempat di mana daratan dan laut bertemu. Ia merupakan kawasan yang sentiasa berubah. Apabila air pasang, kebanyakan pesisir laut menjadi sebahagian lautan. Ketika air surut, laut surut dan kawasan yang sama menjadi sebahagian daratan semula. Tetapi selain persekitaran yang sentiasa berubah ini, pesisir laut menampung pelbagai jenis hidupan. Kebanyakan organisma ini tidak hidup di kawasan lain kecuali di sepanjang pinggir lautan. | UMUM | |
PESISIR | PESISIR, kawasan pantai yang digunakan untuk menghuraikan kebudayaan sekelompok masyarakat di perairan Kepulauan Melayu. Konsep ini diperkenalkan oleh Pigeaud, sarjana Belanda, dalam bukunya Islamic States in Java (1938). Tamadun pesisir ini muncul pada zaman kegemilangan perdagangan rempah dari abad ke-14 hingga abad ke-18, apabila masyarakat di persisiran pantai berhubung dengan dunia luar melalui perdagangan antarabangsa. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
YELLOWLEGS | Yellowlegs ialah nama bagi dua jenis burung pesisir. Burung ini mempunyai tanda-tanda hitam dan putih dan kaki yang panjang berwarna kuning. Ia hidup di sepanjang pesisir dan rawang dalam penerbangannya ke utara pada musim bunga untuk bersarang di utara Amerika Utara. | UMUM | |
PUSAT KEWANGAN LUAR PESISIR | tempat di mana suatu urus niaga kewangan dikendalikan untuk pendeposit dan peminjam yang bukan pemastautin. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
RAPANG | Rapang ialah nama sekumpulan burung pesisir yang kecil, montok. Burung rapang berbadan pendek dan berparuh pendek. Ia mengambil makanannya di permukaan tanah dan bukan mencungkilnya. Kebanyakan burung ini hanya mempunyai tiga jari kaki. Ia berleher pendek dan tebal. Sayapnya runcing dan menjangkaui hujung ekornya. | UMUM | |
SAHARA BARAT | Sahara Barat ialah sebuah kawasan di pesisir barat laut benua Afrika yang terletak di antara Maghribi, Algeria, Mauritania dengan Lautan Atlantik. Sahara Barat pernah dikenali sebagai Gurun Sepanyol. Kawasan ini adalah di bawah jajahan Sepanyol pada awal tahun 1500-an dan sekali lagi dari tahun 1860 hingga 1976. Sahara Barat memperoleh kemerdekaan daripada Sepanyol. Sejak itu, peperangan terus berlaku antara puak pembebasan tempatan gurun yang dikenali sebagai Polisario Front yang menganggap gurun tersebut negara berasingan dan mereka menolak untuk bersatu dengan Maghribi kerana menganggap gurun tersebut adalah sebahagian daripada negara mereka. | UMUM | |
PULAU KANGGARU | Pulau Kanggaru ialah pulau terbesar yang terletak di luar pesisir Australia Selatan. Panjangnya ialah 145 kilometer dan 44 kilometer lebar di bahagian yang paling lebar. Keluasannya ialah 4300 kilometer persegi dan merupakan pulau ketiga terbesar di perairan Australia. Pulau ini terletak kira-kira 145 kilometer di selatan Adelaide. Ia dipisahkan dari daratan oleh Selat Investigator. | UMUM | |
TAMADUN AEGEAN | Tamadun Aegean mencakupi empat budaya yang berkembang di pulau dan di pesisir Laut Aegean antara tahun 3000 S.M. hingga tahun 1200 S.M. Budaya ini dikenali sebagai budaya Cyclade, Minos, Mycenaear, dan Trojan . Budaya Cycladik berkembang di gugusan pulau yang disebut sebagai Kepulauan Cyclad. Budaya Minos muncul di pulau Crete dan budaya Mycenaean berkembang di tanah besar Greece. Budaya Trojan berpusat di bandar purba Trojan, yang kini terletak di bahagian barat laut Turki. | UMUM | |
LIBYA | Libya ialah sebuah negara Arab yang terletak di utara Afrika di pesisir Laut Mediterranean. Ia berjiran dengan Mesir dan Sudan di bahagian timur, Chad dan Nigeria di bahagian selatan dan juga Algeria dan Tunisia di bahagian barat. Tripoli merupakan bandar terbesar dan ibu negara Libya. | UMUM | |
MUSCAT | Muscat (pend. 30 000; pend. kaw. met. 250 000), ibu negara Oman. Ia terletak di pesisir pantai timur laut di sepanjang Teluk Oman. Muscat yang juga dieja sebagai Masqat, menjadi bandar pelabuhan utama dan pusat perdagangan Oman pada tahun 1500-an. | UMUM | |