NIGERIA | Nigeria ialah negara Islam yang terletak di pesisiran pantai barat Afrika dan mempunyai penduduk paling padat di benua Afrika. Penduduknya mencecah sehingga 117 juta orang dan menduduki tempat ke-10 di dunia dari segi kepadatan penduduk. | UMUM | |
NAMAQUALAND | Namaqualand ialah sebuah kawasan kering yang terletak di sepanjang pesisiran barat Afrika Selatan. Wilayah ini terkenal dengan 350 jenis bunga liar yang kembang pada setiap musim bunga. Wilayah ini mempunyai bilangan penduduk yang kecil. Kawasan ini dinamakan sempena nama suku kaum Khoikhoin di Namaqua. Wilayah ini menganjur dari daerah Swartland di bahagian selatan hingga ke Sungai Orange di bahagian utara. | UMUM | |
MEMERANG LAUT | Memerang laut ialah haiwan berbulu yang hidup di Lautan Pasifik Utara. Kumpulan memerang laut hidup dekat pesisiran barat Amerika Utara dan Siberia. Ia jarang-jarang meninggalkan air. | UMUM | |
TANJUNG | Tanjung ialah kawasan bumi yang menonjol ke arah laut, tasik, atau lautan. Tanjung yang biasanya terbentuk pada bahagian hujung pulau dan benua, juga dikenali sebagai tanjung tinggi. Air yang mengelilingi pesisiran tanjung biasanya bergelora, dan ini menyulitkan pelayaran. | UMUM | |
A'ZAMI, MUSTAFA AL- | A’zami, Mustafa al- (1351 H.– /1933 M.– ), ahli fikir dan profesor di sebuah universiti di Arab Saudi. Nama penuhnya ialah Muhammad Mustafa al-A‘zami. Dia lahir di bandar Manu, pesisiran Azham Kadah, di utara India. Dia mula belajar di sekolah Arab Islam dan kemudiannya di Kolej Darul Ulum, Douband dan tamat pengajian pada tahun 1952. Selepas itu, dia menyambung pelajaran ke Universiti al-Azhar, Mesir dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Kepujian dan Diploma Pendidikan daripada Fakulti Bahasa Arab. | UMUM | |
PERTEMPURAN ACTIUM | Pertempuran Actium ialah pertempuran di laut yang menamatkan perebutan kuasa di Rom purba antara Gaius Octavian dengan Mark Antony. Pasukan tentera Octavian memenangi pertempuran ini, yang berlaku pada tahun 31 S.M. di pesisiran pantai Actium, berhampiran Preueza kini, di barat Greece . | UMUM | |
DIALEK MELAYU LOMBOK | DIALEK MELAYU LOMBOK, dialek yang dituturkan oleh penduduk pesisiran Pulau Lombok yang berasal dari Kampung Melayu Bangsal, di kota Ampenan, Lombok Barat, Indonesia. Menurut tradisi lisan yang dikutip Sutama, keturunan Kampung Melayu Bangsal yang sangat majmuk terdiri daripada orang Bugis, Mandar, Banjar dan Sumatera sebagai pengasasnya. | BAHASA | Bahasa |
TIKUS TOBRUK | Tikus Tobruk ialah pasukan tentera Pihak Berikat dalam Perang Dunia II, yang mampu bertahan dalam satu pengepungan selama lapan bulan, semasa kempen Afrika Utara pada tahun 1941. Pasukan tentera Berikat telah dikepung oleh Kor Jerman Afrika di Tobruk, yang terletak di pesisiran pantai Libya, setelah keseluruhan Tentera Inggeris berundur dari situ. Mereka bertahan dari 11 April hingga 10 Disember, apabila tentera Jerman menghentikan kepungan itu. | UMUM | |
MONTSERRAT | Montserrat ialah wilayah tanggungan United Kingdom (UK) di Laut Caribbean. Ia merupakan salah sebuah daripada Kepulauan Leeward di Hindia Barat. Negara-negara jiran Montserrat ialah Antigua dan Barbuda di timur laut, Guadeloupe di tenggara, dan St. Christopher dan Nevis di barat laut. Ibu wilayah Montserrat ialah Plymouth yang terletak di pesisiran pantai barat. | UMUM | |
PERIKANAN LAUT | PERIKANAN LAUT, aktiviti menangkap ikan di pesisiran pantai dan di laut dalam. Umumnya, perikanan laut menggunakan alat menangkap ikan seperti pancing, rawai, bubu, kelong, belat dan pukat. Anak ikan atau sotong digunakan sebagai umpan untuk pancing dan rawai. Antara ikan yang ditangkap termasuklah kurau, yu, talang, jenahak, alu-alu, pari, landuk, tenggiri, gerpoh dan senangin. Biasanya hasil tangkapan ini adalah untuk kegunaan sendiri atau dijual. | BUDAYA | Konsep |