Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pés.ta] | ڤيستا

Definisi : (pésta) 1. kerja dsb menjamu (bersuka ria dll) utk merayakan sesuatu peristiwa, pe­rayaan: dia selalu pergi menghadiri ~ jamuan yg diadakan; 2. kegiatan berupa kempen (promosi, pertandingan, dll) secara bersiri, biasanya secara tahunan, dgn konsep dan tuju­an yg tersendiri, festival: ~ buku; ~ makanan; 3. perayaan kebudayaan atau keagamaan: P~ Kaamatan; P~ Gawai; ~ bola acara mengadakan siri pertandingan bola sepak; ~ buku kempen membudayakan masyarakat supaya mendampingi, membeli, dan membaca pelbagai bahan bacaan; ~ dansa perayaan dgn berdansa; ~ filem pertandingan (pertunjukan) beberapa buah filem; ~ gila bp perayaan tari-menari dgn orang yg meng­hadirinya berpakaian anekaragam (bertopeng dll); P~ Kaamatan pesta yg dirayakan sbg tanda kesyukuran oleh masyarakat Kadazan Dusun di Sabah dgn memuja semangat padi; ~ kahwin = ~ nikah perayaan kahwin; ~ lagu pertandingan lagu yg mempersembahkan pel­bagai tema dan irama muzik (spt jaz, rap, rok, asli, dll); ~ makanan kegiatan memper­kenal, menghidang, dan menjual pelbagai ren­cah resipi masakan yg beraneka rasa (spt masakan pedas, manis, masin, dll); ~ ria acara keramaian utk bersuka ria yg diadakan di tempat lapang dsb, biasanya disertai berbagai­bagai aktiviti lain spt pertunjukan, hiburan, jual beli, permainan dsb; berpesta, berpesta-pesta bersuka ria (dgn makan-makan, berdansa, dll): mereka ~ sahaja selepas kejayaan itu; ~ pora berpesta besar (mengadakan perayaan besar-besaran dgn makan minum dll); memestakan 1. merayakan (sesuatu peris­tiwa dll) dgn makan minum dan bersuka ria: aku tidak pernah berasa perlu utk ~ ulang tahun; 2. mengadakan pesta utk: ~ anaknya yg baru pulang dr luar negeri; pesta-pestaan perihal berseronok-seronok (bersuka ria): kebudayaan itu adalah suatu yg serius, bukan sekadar riuh-rendah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pés.ta] | ڤيستا

Definisi : /pésta/ majlis bersuka ria dgn mengadakan makan minum (tari-menari dll); majlis keramaian utk bersuka ria; perayaan. ~ kahwin perayaan utk menyambut perkahwinan. ~ magan pesta yg dirayakan oleh suku kaum Kadazan yg berupa upacara penyerahan tengkorak drpd satu generasi kpd satu generasi. ~ main pantai pesta utk bersuka-suka di pantai dan disertai pertunjukan dan hiburan. ~ ria (suka ria) pesta utk bersuka-suka yg diadakan di kawasan lapang (spt di padang) dan disertai berbagai-bagai pertunjukan, permainan, jual beli dsb. berpesta bersuka ria dgn mengadakan jamuan, tarian dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pesta (kata nama)
Bersinonim dengan perayaan, keramaian, keraian, majlis, upacara, kenduri, perjamuan, selapanan;,
Kata Terbitan : berpesta, berpesta-pesta,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PESTA ADELAIDE

Pesta Adelaide diadakan dua tahun sekali.

Pesta ini menarik penyertaan para penghibur

terkenal dari luar negeri, menggalakkan bakat

penghibur tempatan, serta merangsangkan seni

kreatif dan lakonan di Australia.

UMUM 
PESTA DUNIA

Pesta dunia ialah pameran antarabangsa yang

memperagakan barangan yang berkaitan dengan

perdagangan, industri dan sains. Kebanyakan

pesta ini menawarkan aktiviti hiburan dan

kebudayaan serta mempromosikan pelancongan

dalam sesuatu wilayah atau negara. Peserta

pameran termasuklah syarikat kerajaan dan

syarikat swasta.

UMUM 
PESTA KAULPESTA KAUL, upacara puja pantai yang dirayakan setiap tahun oleh masyarakat Melanau terutama di kalangan Melanau Likau di Sarawak. Biasanya pesta ini diadakan pada bulan Mac atau awal bulan April setiap tahun setelah musim tengkujuh berakhir. Pesta ini diadakan di kawasan pantai atau di sebelah kanan muara sungai, di pesisiran Bahagian Sibu, Bahagian Miri dan Bahagian Sarikei.BUDAYAPerayaan/Upacara
SATURNALIA

Saturnalia ialah pesta Rom purba untuk

menghormati Saturn, iaitu dewa pertanian. Pesta

Saturnalia bermula pada 17 Disember. Pada mulanya,

ia berlangsung selama dua hari, tetapi akhirnya

dilanjutkan selama seminggu. Saturnalia mungkin

bermula sebagai perayaan kesyukuran untuk

mengingati penanaman musim sejuk. Walau

bagaimanapun, lama-kelamaan ia kehilangan

kepentingan pertaniannya dan menjadi pesta bersuka

ria. Malah golongan hamba juga diberikan pelepasan

sementara bagi merayakan hari ini. Pesta ini adalah

dalam bentuk jamuan, lawatan dan pemberian

hadiah. Hadiah yang paling popular dalam perayaan

ini ialah lilin dan patung tanah liat yang kecil.

Lihat juga Saturn (Dewa Rom).

UMUM 
PESTA MENUAIPESTA MENUAI,  perayaan tahunan masyarakat Dusun-Kadazan di Sabah selepas menuai untuk memuja ‘magavau’ (semangat padi). Dengan usaha Tun Fuad Stephens, bekas Ketua Menteri Sabah, pesta ini diiktiraf oleh pentadbiran British Borneo Utara sebagai perayaan rasmi tahunan masyarakat Dusun-Kadazan dan dikenal sebagai ‘Tadau Kaamatan’. Magavau merupakan salah satu daripada upacara dan persembahan ketika menyambut perayaan Tadau Kaamatan.BUDAYAPerayaan/Upacara
ORKES GEMA PESTA

ORKES GEMA PESTA, kumpulan pancaragam yang telah mengumpulkan beberapa orang penggubal lagu dan melahirkan beberapa orang penyanyi terkenal di Malaysia. Orkes ini ditubuhkan dan dipimpin oleh Zainal Abidin bin Ibrahim yang terkenal dengan nama Zainal Ibrahim.

BUDAYAKegiatan
CH'USOK

Ch’usok ialah pesta menuai di Korea. Pesta ini diadakan pada setiap 15 hari bulan lapan mengikut kalendar lunar.

BUDAYAPerayaan/Upacara
EISTEDDFOD

Eisteddfod ialah pesta muzik dan seni yang

popular di Wales.

UMUM 
KARNIVAL

Karnival ialah pesta yang melibatkan nyanyian,

tarian dan permainan muzik, dan perarakan jalanan

yang bising dan berwarna-warni.

UMUM 
MENARA EIFFEL

Menara Eiffel ialah kerangka menara besi

tempaan yang besar di Champ de Mars Paris.

Alexandre Gustave Eiffel

mereka bentuk untuk Pesta

Dunia pada tahun 1889.

Pelannya telah memenangi

pertandingan mereka

bentuk tugu peringatan

untuk pesta tersebut.

UMUM 
123

Kembali ke atas