Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : jelas, terang; pandang ~-~ pandang dgn terang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
peta (kata nama)
Bersinonim dengan pelan, rajah, gambar rajah, bagan, denah, gambaran, lakaran;,
Kata Terbitan : memetakan, pemetaan, pemeta,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TASIK PEIPUS

Tasik Peipus ialah kawasan air di sempadan di

antara Estonia dengan Rusia. Untuk lokasi, lihat

Rusia (peta rupa bumi). Panjangnya ialah 150

kilometer dan meliputi kawasan seluas 3626

kilometer persegi. Semasa Perang Dunia II,

kawasan tasik ini menjadi tempat pertempuran

sengit antara tentera Jerman dengan tentera

Kesatuan Soviet semasa pengepungan Leningrad

(kini St. Petersburg).

UMUM 
TELUK MANILA

Teluk Manila ialah pintu masuk ke bandar raya

Manila di Luzon, Filipina. Teluk ini menghala ke

barat daya Laut China Selatan. Untuk lokasi, lihat

Filipina (peta) . Teluk Manila adalah lebih kurang 65

kilometer panjang dan 55 kilometer lebar.

Perairannya cukup dalam untuk kapal-kapal besar

berlabuh. Terdapat dua pelabuhan di Cavite dan

Manila. Pulau Corregidor yang berbatu-batan

terletak di muara Teluk Manila. Beberapa

peperangan sengit berlaku semasa Perang Dunia II

(1939–1945) di pulau ini. Pulau ini diserang oleh

tentera Jepun pada awal Perang Dunia II . Semasa

Perang Sepanyol-Amerika (1898), sebuah armada

Amerika di bawah pimpinan Komander George

Dewey memusnahkan tentera Sepanyol dalam

peperangan di muara Teluk Manila.

Lihat juga Corregidor ; Semenanjung Bataan.

UMUM 
SUNGAI SOMME

Sungai Somme terletak di bahagian utara

Perancis. Pertempuran utama semasa Perang

Dunia I (1914–1918) dan Perang Dunia II (1939–

1945) berlaku di sepanjang Sungai Somme. Sungai

ini menjadi semakin dalam berdekatan sempadan

Perancis-Belgium, dan mengalir ke arah barat

sejauh 225 kilometer ke Selat Inggeris. Untuk

lokasi sungai, lihat Perancis (peta muka bumi).

UMUM 
SEVASTOPOL

Sevastopol (pend. 335 000) terletak di Laut Hitam,

di bahagian barat daya Semenanjung Krimea

di Ukraine. Untuk lokasi, lihat Ukraine (peta).

Sevastopol mempunyai sebuah pelabuhan yang

panjang. Pengepungan bandar itu selama 11 bulan

dari tahun 1854 hingga tahun 1855 menandakan

kemuncak pertempuran dalam Perang Krimea.

Sevastopol diserang sekali lagi pada tahun 1918,

semasa Perang Dunia I. Pengepungan selama lapan

bulan dari tahun 1941 hingga tahun 1942 ketika

Perang Dunia II telah memusnahkan bandar

tersebut. Sungguhpun demikian, sebahagian besar

bandar ini telah didirikan semula.

UMUM 
ORAN

Oran (pend. 663 504) merupakan pelabuhan Laut

Mediterranean di Algeria. Oran terletak kira-kira

360 kilometer di barat Algeria (lihat Algeria [peta]).

Oran menjadi tempat untuk menjalankan

perdagangan dengan bandar pedalaman Afrika

dan pelabuhan di selatan Eropah. Ia dibina oleh

orang Moor, dan sesetengah bangunan lama yang

melihatkan pengaruh Moor masih berdiri megah.

Bandar ini telah ditakluki oleh orang Sepanyol

pada tahun 1509, orang Turki pada tahun 1708,

dan sekali lagi oleh orang Sepanyol pada tahun

1732. Sepanyol meninggalkan Oran pada tahun

1791 setelah bandar ini musnah akibat gempa

bumi. Pada tahun 1831, orang Perancis membina

semula Oran. Tentera Amerika membuat

pangkalan di sana semasa Perang Dunia II.

UMUM 
YAWATA

Yawata ialah sebuah pusat industri berat Jepun

yang penting. Yawata juga sebahagian daripada

bandar raya Kitakyushu, yang terletak di utara

pantai pulau Kyushu (lihat Jepun [peta politik]).

Kilang di Yawata membuat besi jongkong daripada

bijih yang diimport dan menghasilkan kebanyakan

daripada besi keluli yang diperlukan oleh Jepun.

Yawata terletak berhampiran dengan lombong

batu arang dan mempunyai loji kok. Semasa

Perang Dunia II, Yawata menjadi sasaran pertama

serangan udara B-29 Amerika Syarikat, pada 15 Jun

1944.

UMUMKonsep
PRAGUE

Prague (pend. 1 189 828) ialah ibu negara dan

bandar raya terbesar di Republik Czech, dan pusat

kebudayaan, dan ilmu pengetahuan yang penting.

Prague, yang dikenali sebagai Praha dalam bahasa

Czech, merupakan salah sebuah bandar yang tertua

dan paling indah di tengah Eropah. Ia terletak di

Sungai Vltava di bahagian tengah negara itu (lihat

Republik Czech [ peta]). Prague juga dikenali

sebagai “Kota Seribu Menara” kerana terdapat

banyak gereja. Bandar raya ini merupakan salah

sebuah daripada beberapa bandar di tengah Eropah

yang terselamat daripada kerosakan besar dalam

Perang Dunia II (1939–1945).

UMUM 

Kembali ke atas