PETA | Peta ialah gambaran tentang bumi atau mana-mana cakerawala lain yang dilukis atau dicetak. Kebanyakan peta menunjukkan sebahagian atau semua permukaan bumi. Tetapi, peta juga mungkin menunjukkan planet lain, bulan atau kedudukan bintang di angkasa. Kebanyakan peta adalah rata, walaupun sesetengahnya mempunyai permukaan timbul. Glob ialah peta dalam bentuk bola. | UMUM | |
PETA KONTUR | Peta kontur lihat Peta (gambar). | UMUM | |
UNJURAN PETA | Kaedah mentrasformasikan permukaan bumi ke satu permukaan rata berasaskan sistem susunan garisan lintang dan garisan bujur. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Kaedah |
PETA GEOLOGI | Peta mengandungi pelbagai maklumat geologi dan digunakan oleh ahli geologi. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Alat/Alatan |
MERCATOR, GERARDUS | Mercator, Gerardus (1512–1594) ialah ahli geografi Belanda Belgium yang menjadi pembuat peta yang utama pada tahun 1500-an. Dia menjadi terkenal kerana menghasilkan peta dunia pada tahun 1569. Peta ini menunjukkan cara baru untuk melihat dunia yang berbentuk bulat di atas sekeping kertas leper. Kaedah ini dikenali sebagai projeksi Mercator. Ia sangat sesuai untuk pelayaran dan masih digunakan sehingga kini. | UMUM | |
KARTOGRAFI | Kartografi, proses membuat peta. Kartografi menggambarkan secara grafik sesuatu kawasan geografi di atas permukaan yang rata seperti peta atau carta. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
ATLAS | Atlas ialah buku peta. Ia kadangkala termasuk fakta dan angka tentang tempat. Istilah atlas boleh juga digunakan untuk buku berjilid yang menerangkan sebarang subjek dalam bentuk berilustrasi atau berjadual. | UMUM | |
TELUK GUINEA | Teluk Guinea lihat Afrika (peta fizikal). | UMUM | |
TIMOR | Timor ialah pulau di Asia Tenggara. Untuk lokasi, lihat Asia (peta politik). Timor meliputi keluasan 31 000 kilometer persegi dan jumlah penduduk kira-kira 2 juta orang. Separuh bahagian barat Timor adalah sebahagian daripada Indonesia semenjak Indonesia diasaskan pada tahun 1949. Separuh bahagian timur menjadi wilayah Portugal pada tahun 1500-an. Pada tahun 1975, penduduk Timor menuntut kemerdekaan daripada Portugal. | UMUM | |
DINASTI YUAN | Dinasti Yuan lihat China (Pemerintahan Mongol, peta). | UMUM | |