Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.tai] | ڤتاي

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya, bijinya berbau haring), Parkia speciosa; ~ belalang = ~ laut sj tumbuhan (pokok dan buahnya), dendulang, Desmodium umbellatum.; ~ jawa = ~ belanda = ~ tiga bulan sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Leucaena glauca; ~ kerayung sj tumbuhan (pokok dan buah), sungga, Albizzia pedicellata; sbg ~ sisa pengait prb tidak berguna sama sekali; kulai-balai bagai ~ sisa pengait prb seseorang yg lemah-lembut tingkah lakunya; menjual ~ hampa prb bercakap yg bukan­-bukan, omong kosong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.tai] | ڤتاي

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya berkeping-keping dan bijinya dibuat ulam dsb), Parkia speciosa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata petai

Puisi
 

Dari Wat ke Kampung Petai,
     Singgah semalam di Kampung Abi;
Perkara yang buat jangan disesal,
     Ikutlah untung apa nak jadi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sebagai petai sisa pengait.

Bermaksud :

Tak berguna sedikit juga. (Bandingkan dengan: Kulai-balai bagai petai sisa pengait [= dikait]).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PETAI

Petai . Pokok petai berasal dari Malaysia. Pada

masa ini pokok petai masih terdapat tumbuh liar di

hutan-hutan seluruh Malaysia. Pokok petai besar,

tingginya boleh mencapai 50 meter. Batangnya

berbanir. Bunga petai kecil berwarna putih,

tersusun padat pada jambak yang bertangkai

panjang, terjuntai di hujung ranting. Kira-kira

6 hingga 10 papan atau lenggai petai tergantung

pada pangkal jambaknya.

UMUM 
ROGAYAH SULUNG

ROGAYAH SULUNG (1942-   ) qariah peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dia lahir di Kampung Banggul Tuan Muda, Manir, Kuala Terengganu. Rogayah mendapat pendidikan di sekolah Melayu dan sekolah agama di Kampung Tengah, Petai Bubus, Kuala Terengganu sehingga Darjah Enam.

BUDAYATokoh
ULAMULAM, daun-daun dan buah-buahan yang dimakan mentah bersama-sama nasi dan sambal belacan.  Di Indonesia, ulam disebut ‘lalap’.  Daun-daun yang dimakan sebagai ulam seperti ulam raja, pegaga, daun salam, aring-aring dan kaduk.  Pucuk betik, bebuas, gajus, putat dan kedondong juga boleh dijadikan ulam.  Ulam jenis sayur ada yang dimakan mentah seperti timun, kubis, kacang panjang, kacang botol, cili dan buah-buahan seperti petai, jering, kerdas dan ada yang direbus seperti peria dan terung.BUDAYAMakanan

Kembali ke atas