PUTERA GUNUNG TAHAN | PUTERA GUNUNG TAHAN, novel karya Ishak Haji Muhammad. Novel ini diterbitkan pada tahun 1938 oleh Jamiliah Press, Muar. Novel ini telah dicetak kali kedua oleh Geliga Ltd., Singapura pada tahun 1957 dan oleh Pustaka Budaya Ageng, Petaling Jaya pada tahun 1973. Cetakan pertama dan kedua menggunakan tulisan Jawi sementara cetakan ketiga menggunakan tulisan Rumi. | SASTERA | Karya |
KAMARUDDIN HAJI IDRIS, DATO | KAMARUDDIN HAJI IDRIS, Dato’ (1905- ), pentadbir. Dia lahir di Petaling Jaya, Selangor. Dia mendapat pendidikan di Victoria Institution, Kuala Lumpur dan Kolej Melayu Kuala Kangsar. Setelah menamatkan persekolahannya, dia berkhidmat sebagai pelatih pada tahun 1920 sebelum dilantik sebagai pegawai dalam Malayan Administrative Service (MAS) pada 1 Mac 1923. Kemudian dia dilantik sebagai pegawai Malayan Civil Service (MCS) pada 1 Januari 1935. Pada 1 Februari 1948, dia dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Terengganu yang pertama. Pada tahun 1950, dia dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DINSMAN | DINSMAN (1949 - ), penulis, pelakon dan pengarah drama. Dia lahir pada 20 Mei 1949 di Kampung Raja, Jitra, Kedah. Nama sebenarnya Che Shamsuddin bin Othman. Dia mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu dan agama, kemudian dia memasuki Kolej Islam, Petaling Jaya. | BUDAYA | Tokoh |
PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN SEMENANJUNG MALAYSIA | PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN SEMENANJUNG MALAYSIA, pertubuhan yang membolehkan kaum wanita bergiat cergas dalam kegiatan kebajikan dan memajukan masyarakat. Pertubuhan ini juga dikenali sebagai Women’s Institute (WI). Pertubuhan ini telah diasaskan oleh isteri Pesuruhjaya Tinggi British, Lady Templer, pada tahun 1952. Ia merupakan satu-satunya pertubuhan yang ahli-ahlinya terbuka kepada wanita yang berumur 15 tahun ke atas dan semua bangsa dan agama dan tidak bersifat politik. Pejabat WI terletak di No. 2, Jalan Lembah 5/2, Off Jalan Gasing, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |
PERSATUAN SENI KHAT KEBANGSAAN | PERSATUAN SENI KHAT KEBANGSAAN, pertubuhan yang berusaha mengembangkan kegiatan seni khat Islam di Malaysia. Persatuan ini juga dikenal sebagai PSKK. Persatuan ini didaftarkan secara rasmi pada 25 Oktober 1989. sebelum penubuhannya, sebuah jawatankuasa sementara ditubuhkan dalam satu mesyuarat yang diadakan di Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan, Petaling pada 18 Ogos 1985 bagi merangka perlembagaannya. Jawatankuasa ini dianggotai oleh Mohammed Yusof Abu Bakar sebagai pengerusi, Syed Mahdar Shahab sebagai naib pengerusi, Haji Idris Salam sebagai setiausaha, Mahmood Haji Awang sebagai naib setiausaha dan Haji Bachok Haji Sayuti sebagai bendahari. Ahli jawatankuasanya pula terdiri daripada Ismail Haji Ishak, Wan Mohd, Yusof Wan Ali, Mohamed Nawai Yacob, Margilan HARP, Mohammad Abd.Ghani, Hussin Sulong, Zalika Khuzaimah Ngah dan Azmah Denan. PSKK ditubuhkan dengan tujuan antaranya untuk mengumpul dan menyatukan para penulis dan peminat | BUDAYA | Persatuan |
SABDA S | SABDA S (1949 - ), penulis. Dia lahir pada 21 Mac 1949 di Sungai Bunyi, Pontian, Johor. Nama sebenarnya ialah Sujaidi bin Dasuki. Sabda S juga menggunakan nama pena Muhammad Hafiz Rahmatullah dan hadi Junaidi. Sabda S menerima pendidikan di Kolej Islam Kelang dan Kolej Islam Malaya, Petaling Jaya. Dia pernah menjadi wartawan (penyunting) dan utusan Melayu (Malaysia) Berhad, pegawai akhbar di Kementerian Pertanian Malaysia dan pegawai penerbit di Pusat Daya Pengeluaran Negara, Kuala Lumpur. | SASTERA | Tokoh |