Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.tan.da] | ڤتندا

Definisi : 1. tanda, alamat: per­tum­buhan badan-badan kesatuan sekerja me­rupakan ~ baik bagi membela nasib pekerja-pekerja; 2. (Palembang) ark pem­berian ketika bertunang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.tan.da] | ڤتندا

Definisi : tanda atau alamat yg menunjukkan akan berlakunya sesuatu dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanda
Kata Terbitan : petanda, pertanda, bertanda, menanda, menandai, menandakan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PETANDAPETANDA, sesuatu alamat atau isyarat yang ditafsirkan oleh orang Melayu daripada gejala-gejala alam, perlakuan haiwan atau isyarat daripada menilik mimpi yang dipercayai mempunyai makna tertentu yang kelak akan mempengaruhi perlakuan manusia. Petanda menyampaikan pengetahuan apa yang akan berlaku sebelum seseorang itu mengalaminya. Dengan demikian, petanda memberi peluang bagi mengelakkan sesuatu perkara daripada benar-benar berlaku. Di kalangan orang Iban, petanda hasil daripada ‘berburung’ adalah perhubungan antara dewa-dewa dengan manusia, supaya manusia mengetahui apa yang akan ditempuhinya.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKepercayaan
ALAMAT

Alamat, dianggap sebagai petanda nasib masa

hadapan yang baik atau buruk. Alamat baik

meramalkan peristiwa yang diimpikan, dan alamat

buruk meramalkan bencana.

UMUM 
KECACATAN KELAHIRAN

Kecacatan kelahiran atau kecacatan

kongenital, ialah suatu keadaan yang tidak normal

pada seseorang bayi semasa kelahirannya.

Kecacatan mungkin wujud pada struktur atau

fungsi sesetengah bahagian tubuh. Ia mungkin

suatu petanda untuk mendapat sesuatu penyakit

serius.

UMUM 
MAJUSI

Majusi ialah anggota keturunan kelas paderi

dari Media, kerajaan purba yang terletak di

kawasan yang kini dikenali sebagai utara Iran.

Seseorang anggota kelas tersebut dipanggil

Magus. Majusi dikenali sebagai pengamal magis,

pentafsir mimpi dan petanda sesuatu kejadian

serta mempersembahkan korban astrologi.

UMUM 
ZINJANTROPUS

Zinjantropus ialah makhluk bak manusia yang

dipercayai oleh kebanyakan ahli antropologi

hidup kira-kira 1 750 000 tahun dahulu. Tengkorak

fosil Zinjantropus dijumpai pada tahun 1959 oleh

ahli antropologi British, Mary D. Leakey di

Olduvai Gorge di utara Tanzania. Ia adalah satu

daripada petanda awal bahawa makhluk bak

manusia primitif pernah hidup di timur Afrika.

UMUM 
TUAI BURUNG

TUAI BURUNG, tukang tilik dalam masyarakat Iban. Tuai burung bijak mentafsir petanda berasaskan peristiwa semula jadi, terutama sekali tingkah laku burung dan binatang lain. Biasanya, tuai burung ialah seorang lelaki yang sudah berumur dan berpengaruh dalam sebuah rumah panjang. Tuai burung sama penting dengan tuai rumah dan lebih diutamakan daripada dukun dan lemambang.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas