Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ta.ni] | ڤتاني

Definisi : orang yg peker­­­jaannya bercucuk tanam (mengusahakan tanah), pekebun, peladang, pesawah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ta.ni] | ڤتاني

Definisi : orang yg kerjanya bercucuk tanam atau bertani. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tani
Kata Terbitan : bertani, pertanian, petani,

Puisi
 

Lima belas dayung petani,
     Pisang emas masak di kebun;
Tuanlah belas memandang kami,
     Siang nan panas malam berembun.


Lihat selanjutnya...(6)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANG PETANI

Perang Petani merujuk kepada pemberontakan

petani Jerman terhadap golongan bangsawan pada

tahun 1524 dan tahun 1525. Ia merupakan

pemberontakan terbesar oleh petani dalam sejarah

negeri Jerman. Pemberontakan meletus pada akhir

tahun 1524 di Stuhlingen di kawasan Black Forest

dan pantas merebak ke utara. Kemudian seluruh

rakyat Jerman, kecuali di Bavaria menerima

kesannya. Para petani menyerbu istana kota dan

memaksa bangsawan untuk memenuhi tuntutan

mereka. Bendera mereka, yang dikenali sebagai

Bundschuh , diperbuat daripada kain berwarna

hitam, putih, dan merah dengan gambar kasut

petani.

UMUM 
PETANI

Petani lihat Pertanian.

UMUM 
BERPUAR

BERPUAR,  upacara menghalau semangat jahat yang diamalkan oleh petani-petani di Negeri Sembilan pada zaman dahulu. Pada masa ini, upacara ini tidak diamalkan lagi kerana bercanggah dengan agama Islam.

BUDAYAPerayaan/Upacara
NORMANDY

Normandy ialah sebuah daerah yang terletak di

barat laut Perancis. Ia dinamai sedemikian sempena

orang Norse yang menakluk kawasan tersebut pada

tahun 800-an. Normandy terletak di sepanjang

pinggir Selat Inggeris di antara Picardy dengan

Brittany . Bandar-bandar terkenal di Normandy

termasuklah Rouen, ibu negeri provinsi lama

tersebut; Le Havre, Honfleur, Caen, Bayeux, dan

Cherbourg . Penduduk daerah ini terkenal sebagai

pelaut dan petani. Petani mengkhusus dalam

penghasilan tenusu dan menanam pohon buah-

buahan, khususnya epal untuk membuat cider dan

brandi. Bijih besi dilombong berhampiran Caen.

UMUM 
SOKE

Soke ialah pertubuhan petani pemilik tanah

mempunyai asal usulnya di kawasan taklukan

Denmark di tangan England pada tahun 800-an

M. Soke merupakan daerah, yang kadangkala

terdiri daripada beberapa kampung, di mana

pemilik tanah asal membahagikan kawasan kecil

kepada petani sebagai upah bagi perkhidmatan

mereka. Soke Peterborough yang kini di

Cambridgeshire, mengabadikan nama soke, tetapi

Bukan bentuk soke pada zaman Denmark.

UMUM 
MESIN PEMBANTING

Mesin pembanting ialah mesin yang

digunakan oleh petani pada masa dahulu untuk

membanting (memisahkan) bijian dari tangkainya.

Mesin ini juga menganginkan (meniup) sekam dari

bijian. Andrew Meikle dari Scotland membina

mesin pembanting praktikal yang pertama pada

tahun 1780-an. Sebelum itu, petani membanting

dan menganginkan bijian dengan tangan – iaitu,

kerja yang berat dan lambat. Mesin pembanting

membolehkan petani memproses bijian dengan

lebih cepat lagi daripada yang dilakukan dengan

tangan. Sejak tahun 1930-an, mesin penuai kombin

telah menggantikan kebanyakan mesin

pembanting (lihat Mesin penuai kombin).

UMUM 
PERANG CROFTER

Perang Crofter ialah satu siri rusuhan petani di

Scotland dari tahun 1882 hingga tahun 1888.

Ramai penduduk di Tanah Tinggi Scotland yang

tinggal di situ pada tahun-tahun sebelumnya telah

diusir secara sistematik daripada kawasan tanah

tengah oleh tuan tanah yang mahu

memperkenalkan penternakan biri-biri ke

kawasan itu. Mereka yang diusir telah membuka

petempatan di bidang tanah yang dikenali sebagai

croft. Banyak tanah croft ini terletak di pulau dan

ada yang masih wujud hingga kini. Kemudian,

tuan tanah mengambil lebih banyak tanah ladang

untuk tujuan memburu rusa, dan menembak

burung dan menghalau penyewa lain dengan

mengenakan tunggakan sewa. Tindakan ini

ditentang oleh penyewa tersebut.

UMUM 
ORANG KOSSAK

Orang Kossak merupakan askar yang asalnya

petani yang menetap terutamanya di kawasan

Sungai Dnepr dan Don, yang kini dikenali sebagai

Ukraine Timur dan Rusia Barat. Bermula pada

tahun 1400-an, Poland dan Rusia melatih mengatur

orang Kossak memasuki unit ketenteraan untuk

membantu menentang pencerobohan kaum Tartar.

Poland dan Rusia memberikan banyak

keistimewaan kepada orang Kossak sebagai

ganjaran perkhidmatan mereka. Orang Kossak

membentuk komuniti pemerintahan mereka

sendiri, yang diasaskan kepada prinsip demokrasi.

Perkataan Kossak dalam bahasa Turki bermaksud

orang yang merdeka .

UMUM 
THAILAND

Thailand ialah negara tropika di Asia Tenggara.

Penduduk Thailand dikenali sebagai orang Thai

dan kebanyakannya petani dan tinggal di kampung

yang kecil. Walaupun begitu, ekonomi Thailand

merupakan salah satu paling membangun di

dunia, dan pusat bandarnya berkembang pesat.

Hampir enam juta penduduk tinggal di Bangkok,

ibu negara dan bandar raya terbesar Thailand.

Thailand adalah satu-satunya negara di Asia

Tenggara yang tidak pernah dijajah oleh kuasa

Barat. Sejarah penduduk Thai bermula dari tahun

1238 apabila Kerajaan Sukhotai diasaskan di tempat

yang kini dikenali sebagai Thailand. Sepanjang

sejarahnya, negara ini dikenali sebagai Siam. Pada

tahun 1939, negara ini dengan rasminya

menggunakan nama Thailand.

UMUM 
PLEBIAN

Plebian ialah golongan rakyat biasa pada zaman

awal Republik Rom. Plebian termasuk hamba yang

dibebaskan, petani, dan orang di bawah

tanggungan golongan aristokrat. Tidak diketahui

bagaimana mula berlaku perbezaan antara plebian

dan golongan aristokrat, tetapi perbezaan telah

wujud pada awal tahun 500 S.M.

UMUM 
12345

Kembali ke atas