SHANKAR, RAVI | Shankar, Ravi (1920 – ), ahli muzik India yang terkenal di seluruh dunia kerana petikan sitarnya yang penuh inspirasi (lihat Sitar ). | UMUM | |
RIMA | Rima bermakna bunyi yang bergema atau berulang di akhir perkataan. Dalam puisi, rima biasanya wujud di akhir baris, seperti dalam petikan daripada penyair Ireland, William Butler Yeats: | UMUM | |
TANDA TITIK BERTINDIH | Tanda titik bertindih ialah tanda baca yang ditunjukkan sebagai: Fungsi utamanya adalah untuk memisahkan pengenalan daripada apa yang diperkenalkan: senarai, petikan panjang, ilustrasi, atau penerangan. Tanda titik bertindih paling kerap digunakan apabila kata yang mendahuluinya membentuk ayat lengkap, seperti dalam ayat kedua rencana ini. Terdapat dua kekecualian. Tanda titik bertindih boleh digunakan untuk mengakhiri pembukaan surat perniagaan formal, dan ia boleh digunakan selepas tajuk utama sesuatu garis kasar. Lihat juga Tanda baca. | UMUM | |
BUNGA RAMPAI SASTERA | BUNGA RAMPAI SASTERA, himpunan petikan pelbagai genre sastera yang dianggap bermutu tinggi. Dalam sejarah persuratan Melayu dan Nusantara, Bunga Rampai Sastera pada mulanya digunakan hanya untuk himpunan karya klasik. Dua contohnya ialah Bunga Rampai: Dari Hikayat Lama (diselenggarakan oleh Sanusi Pane, 1956) dan Bunga Rampai Melayu Kuno (diselenggarakan oleh M.G. Emeis, 1967). | SASTERA | Karya |
SENANDUNG | Senandung ialah gubahan muzik yang mengandungi kedua-dua bentuk instrumental dan vokal. Bentuk instrumental lebih penting dalam sejarah muzik. Ia mengandungi koleksi banyak pergerakan (bahagian) pendek yang digarap untuk kumpulan kecil alat petikan, alat tiupan atau kedua- duanya. Pergerakannya mungkin termasuk rentak mac dan minuet. Alatan senandung dibentuk sebegitu rupa pada akhir tahun 1700-an. | UMUM | |
TESTAMENT POLITIK API | TESTAMENT POLITIK API, dokumen politik hasil susunan Ahmad Boestamam, Ketua Satu Angkatan Pemuda Insaf (API), yang menggariskan program perjuangan API untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. Dokumen ini diterbitkan oleh Lembaga Tertinggi API pada 21 Disember 1946, dan dicetak oleh Malayan Printers, Kuala Lumpur. Dokumen ini setebal 27 halaman termasuk dua halaman petikan kata-kata beberapa orang pemimpin besar seperti Sukarno, Mohammad Hatta dan Bung Tomo. Testament ialah salah satu manifesto politik di Tanah Melayu dan disebarkan kepada peserta Kongres API se-Malaya yang berlangsung di Melaka pada 22, 23 dan 24 Disember 1946. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |