Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.tir] | ڤتير

Definisi : sj bunyi guruh yg kuat (biasanya disertai kilat), geledek; ~ tunggal petir yg amat kuat dan berbunyi dgn tiba-tiba; disambar (ditembak) ~ terkena panahan api (elektrik) petir; mata (panah) ~ halilintar, kilat; bagai kilat senja, bagai ~ tunggal prb tangkas sikap dan kuat bunyi suaranya (pahlawan dll); memetir, memetir-metir mendegam-degam, menggeledek (suara dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.tir] | ڤتير

Definisi : akronim bagi Parti Tindakan Rakyat (Singapura). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.tir] | ڤتير

Definisi : bunyi guruh yg kuat, biasanya disertai kilat: ~ tunggal petir yg sangat kuat dan berbunyi dgn tiba-tiba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
petir (kata nama)
Bersinonim dengan halilintar, guruh, guntur, geledek, geluduk, petus, pelakar;,
Kata Terbitan : memetir, memetir-metir,

Puisi
 

Guruh petir penuba limbat,
     Pandan berjemur di seberang;
Dua tiga mencari ubat,
     Ubat dapat badanlah hilang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Bagai kilat senja,
     bagai petir tunggal.

Bermaksud :

Ketangkasan sikap dan kuat bunyi suaranya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PETIR

Petir. Manusia prasejarah menganggap petir

sebagai suara dewa yang bergemuruh apabila

marah kepada manusia di bumi. Kini, ahli sains

tahu bahawa petir berpunca daripada

pengembangan udara secara mendadak kerana

dipanaskan oleh kilat.

UMUM 
API SAINT ELMO

Api Saint Elmo ialah kilauan yang mengiringi

keluarnya elektrik secara tetap daripada objek

tertentu. Ia terhasil semasa ribut petir atau pada

masa lain apabila awan berelektrik, wujud dan ia

boleh dilihat hanya dalam keadaan benar-benar

gelap. Pada masa dahulu, api Saint Elmo biasa

dilihat di sekeliling tiang kapal layar. Hari ini kita

kadangkala melihatnya di sekeliling kipas dan

hujung sayap kapal terbang yang melalui awan

berelektrik. Beberapa orang melaporkan ada

melihat api Saint Elmo di sekitar tanduk lembu.

Nama Elmo adalah daripada Erasmus . Saint Erasmus

dianggap sebagai saint pelindung pelaut-pelaut

Mediterranean.

Lihat juga Kilat (Bentuk kilat).

UMUM 
ASID NITRIK

Asid nitrik ialah asid tak organik kuat dengan

formula kimia HNO 3 . Asid nitrik mempunyai

banyak kegunaan industri, dan kegunaan

utamanya ialah untuk menghasilkan baja dan

bahan letupan. Sejumlah besar asid nitrik terhasil

semasa ribut petir dan turun ke bumi bersama

hujan. Hujan turun sebagai larutan asid nitrik yang

sangat lemah. Penghasilan asid nitrik semasa ribut

petir membolehkan nitrogen dari udara menjadi

sebahagian daripada tanah dalam bentuk yang

boleh digunakan oleh tumbuh-tumbuhan (lihat

Kitaran nitrogen ). Asid nitrik adalah antara asid

yang pertama pernah diketahui, dan digunakan

oleh banyak ahli kimia Zaman Pertengahan di

dalam eksperimen mereka.

UMUM 
PLASMA

Plasma dalam fizik, ialah satu bentuk jirim yang

terdiri daripada zarah atom yang bercas elektrik.

Matahari dan bintang-bintang lain, serta kebanyakan

objek lain di angkasa terdiri daripada plasma. Petir

juga terdiri daripada plasma.

UMUM 
SURAH AL-RA'D

Surah al-Ra’d ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah ke-13 mengikut susunan surah-surah

al-Qur’an dan mengandungi 43 ayat. Surah

ini dinamakan al-Ra‘d (bunyi guruh) kerana disebut

kejadian alam (bunyi guruh) yang ajaib itu di dalam

surah ini untuk menunjukkan kehebatan dan

kekuasaan Allah S.W.T. Allah S.W.T. menjadikan air

sebagai sumber kehidupan yang diturunkan dari

awan. Di sebalik kejadian awan itu, tersirat pula

dua perkara iaitu rahmat dan bencana kerana ia

membawa hujan dan juga petir. Melalui air,

wujudnya kehidupan dan melalui petir, wujudnya

kebinasaan.

UMUM 
CERITA ASAL USUL

CERITA ASAL USUL, sastera lisan Melayu. Cerita asal usul ini menerangkan bagaimana sesuatu benda dan perkara itu berlaku atau terjadi. Ini termasuklah asal mula kejadian sesuatu makhluk, seperti kejadian manusia dan haiwan, tumbuh-tumbuhan, cakerawala; dan bagaimana sesuatu fenomena atau bencana alam, seperti hujan, guruh, petir dan gempa bumi itu berlaku. Bahan cerita asal usul ini terdiri daripada benda dan perkara yang berkait rapat dengan manusia dan persekitarannya. Sebuah bukit yang tunggal, atau sekelompok batu yang berbentuk seakan-akan rupa manusia, atau sebuah tasik seperti tapak kaki di persekitaran alam Melayu, melahirkan cerita yang menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku. Batu berbentuk manusia dikatakan berasal dari anak yang derhaka kepada ibunya dan tasik berbentuk tapak kaki berasal daripada bekas tapak kaki gergasi.

           

SASTERAKonsep

Kembali ke atas