NAPALM | Napalm ialah serbuk yang digunakan untuk memekatkan petrol yang digunakan dalam peperangan. Apabila Napalm dicampurkan dengan petrol, petrol menjadi seperti agar-agar. Hasil daripada pemekatan petrol ini juga biasanya dirujuk sebagai napalm. | UMUM | |
PETROL | Petrol adalah satu daripada bahan api terpenting yang digunakan untuk pengangkutan. Kebanyakan petrol digunakan dalam enjin yang menggerakkan kereta dan trak. Enjin petrol juga menggerakkan kenderaan dan mesin seperti kapal terbang, motobot, traktor dan mesin rumput. Petrol kadangkala dikenali sebagai gasolin. | UMUM | |
ENJIN PETROL | Enjin petrol ialah enjin yang menggunakan petrol sebagai bahan api. Di dalam enjin, pembakaran bahan api yang bercampur dengan udara menghasilkan gas panas yang mengembang dan menolak bahagian enjin tertentu dan menyebabkan bahagian-bahagian tersebut bergerak. Atas sebab ini, enjin petrol dikenali sebagai enjin pembakaran dalam. | UMUM | |
SEKAT WAP | Sekat wap atau sekat stim berlaku dalam enjin petrol apabila sebahagian daripada petrol mendidih dalam sistem bekalan bahan api. Enjin yang panas berlebihan boleh menyebabkan pendidihan, atau pengewapan , bahan api. Ini mengurangkan amaun minyak yang dipam ke enjin, kerana wap (stim) mengambil lebih banyak ruang daripada cecair. Enjin tidak berjalan dengan betul, atau terhenti sehingga petrol yang diwapkan menyejuk dan bertukar menjadi cecair. Sekat wap paling kerap berlaku semasa pendakian yang lama, curam pada hari panas, atau apabila memperlahankan kereta dengan tiba-tiba selepas dipandu dengan teruk. | UMUM | |
KARBURETOR | Karburetor ialah sebahagian daripada enjin petrol. Ia membekalkan campuran wap petrol dan udara yang dibakar di dalam silinder enjin. | UMUM | |
PLUMBUM TETRAETIL | Plumbum tetraetil ialah bahan yang ditambah kepada petrol untuk memperbaik prestasi enjin. Bahan ini dikenali sebagai bahan tambah anti- ketukan kerana ia mengurangkan bunyi “ketukan” atau bunyi “desing” yang dihasilkan oleh enjin. Enjin membuat ketukan ini jika petrol dalam silindernya mula terbakar dengan terlalu segera atau terlalu pantas. Keadaan demikian yang menyebabkan ketukan juga mengurangkan kuasa enjin dan boleh merosakkan enjin. Sedikit plumbum tetraetil dalam petrol memperbaik keadaan ini. | UMUM | |
OKTANA | Oktana ialah mana-mana satu daripada 18 sebatian kimia yang terdiri daripada lapan atom karbon, dan 18 atom hidrogen. Oktana adalah antara bahan utama petrol. Oktana yang dikenali sebagai isooktana digunakan dalam campuran ujian untuk menentukan sebaik mana petrol tahan terhadap ketukan (lihat Nombor oktana ). Petrol yang mempunyai nombor oktana tinggi mencegah ketukan enjin dengan lebih baik daripada petrol yang mempunyai nombor oktana rendah. | UMUM | |
PANCITAN BAHAN API | Pancitan bahan api ialah sistem untuk menyuntik bahan api ke dalam silinder enjin petrol atau diesel. Ia menggantikan karburetor apabila digunakan pada enjin petrol. | UMUM | |
MOTOR SANGKUT | Motor sangkut ialah enjin petrol atau motor elektrik yang dilekapkan pada buritan bot. Motor ini menggerakkan aci pemacu menegak yang menggerakkan kipas. Kipas berpusing dalam air untuk menggerakkan bot. | UMUM | |
MINYAK GAS | Minyak gas adalah satu pecahan (bahagian) apabila petroleum dipisahkan melalui penyulingan. Minyak gas didapati lebih kurang pada “pertengahan” penyulingan. Ia lebih berat daripada petrol dan parafin, dan lebih ringan daripada sulingan lube , yang dijadikan minyak pelincir dan lilin. Nama minyak gas diperoleh daripada penggunaan minyak ini dalam pengeluaran bahan api gas. Minyak gas ditukarkan kepada pecahan petroleum yang lebih ringan, seperti petrol dan bahan kimia. Ia juga digunakan untuk minyak diesel dan minyak bahan api. Lihat juga Petroleum (Penapisan petroleum). | UMUM | |