Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.wa.ngi] | ڤواڠي

Definisi : sesuatu yg mewangikan (menjadikan berbau wangi), pengharum: di Mesir, upacara keagamaan, terutama kematian mestilah dilengkapi dgn penggunaan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pewangi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SERAI

Serai ialah sejenis tumbuhan rumput berumpun

dan berakar besar, serta berbau wangi. Tumbuhan

ini terkenal sebagai bahan perasa dan pewangi

bagi kebanyakan masakan Melayu tradisional, juga

sebagai bahan perubatan.

UMUM 
AIR MAWAR

Air mawar ialah larutan jernih dan tidak berwarna

yang diperbuat daripada bunga mawar segar dan

digunakan untuk membuat pewangi dan ubat

tertentu.

UMUM 
MENTOL

Mentol ialah sebatian putih yang lembut, berbau

pudina dan mempunyai rasa segar serta sejuk. Ia

digunakan secara meluas sebagai bahan untuk

ubat batuk dan selesema, pewangi dan rokok.

Mentol diperoleh daripada minyak daun pokok

pudina.

UMUM 
BUNGA RAMPAI

BUNGA RAMPAI, campuran beberapa jenis bunga harum yang digaul dengan hirisan daun pandan dan daun limau purut berserta pewangi seperti air mawar, minyak atar, serbuk cendana dan diukup dengan setanggi atau dian ukup.

BUDAYAKonsep
SIRAP

SIRAP, minuman yang dibuat daripada gula pasir yang dimasak dengan air, pewarna merah dan daun pandan atau pewangi air mawar.  Sirap juga dipanggil serbat di utara Semenanjung Malaysia.  Sirap dihidangkan pada waktu kenduri, waktu berbuka puasa dan ketika tetamu datang ke rumah.

BUDAYAMakanan

Kembali ke atas