REVOLUSI GEMILANG | Revolusi Gemilang berlaku pada tahun l688 bagi menamatkan pemerintahan Raja James II di England dan melantik William III dan Mary II sebagai pewaris takhta. Revolusi itu memantapkan hak Parlimen untuk mengawal warisan terhadap takhta dan mengehadkan kuasa raja. Pada tahun l689, Parlimen meluluskan Rang Undang-undang Hak Asasi yang mengharamkan penganut Roman Katolik daripada menaiki takhta dan melarang seseorang raja daripada menangguh undang-undang, mengekalkan angkatan tentera ketika aman, atau pengenaan cukai tanpa kelulusan Parlimen. | UMUM | |
KOMPLOT RUMAH RYE | Komplot Rumah Rye ialah rancangan yang direka oleh anggota radikal Parti Whig Inggeris pada tahun 1682 dan tahun 1683. Pengkomplot merancang untuk membunuh Charles II, raja England, dan adik lelakinya James, Duke of York, penganut Roman Katolik dan pewaris takhta. | UMUM | |
STEPHEN | Stephen (1097?–1154) ialah Raja Inggeris. Pemerintahannya penuh dengan persengketaan sehingga digelar ‘The Anarchy’. Persengketaan tersebut berpunca daripada perebutan takhta. Stephen ialah putera Adela. Adela ialah puteri William Si Penakluk. Pihak lain yang berhak ke atas takhta diraja itu ialah Matilda, puteri Henry I. Henry telah memujuk baronnya untuk mengangkat sumpah taat setia kepada Matilda sebelum kematiannya pada tahun 1135. Pada tahun 1153, Stephen akhirnya dipaksa untuk mengiktiraf putera Matilda sebagai pewaris takhtanya, iaitu Henry II yang menjadi Raja Plantagenet pertama (lihat Plantagenet). | UMUM | |
WASIAT | WASIAT, perkataan daripada bahasa Arab yang bermakna menyatakan kehendak atau pesanan terakhir sebelum wafat. Pengertian yang sama digunakan dalam budaya Melayu, khususnya terhadap peninggalan harta secara bertulis atau lisan. Dalam ertinya yang umum, wasiat mendapat makna yang khusus dalam kesusasteraan Melayu lama bercorak sejarah. Mengikut teks bercorak sejarah seperti Hikayat Raja-Raja Pasai atau Sulatatus Salatin, sudah menjadi tradisi bagi raja-raja yang memerintah dalam menghadapi saat terakhirnya, berpesan kepada putera pewaris takhta tentang betapa pentingnya bagi putera itu apabila menjadi raja kelak berlaku adil. Tradisi ini dikatakan ‘wasiat’ terakhir seorang raja kepada bakal penggantinya. | BUDAYA | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |