Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.wa.ri.san] | ڤواريثن

Definisi : perihal mewarisi (mewariskan): penyelidikan tentang asal-usul dan ~ segala gagasan bahasa merupakan bidang sejarah linguistik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.wa.ri.san] | ڤواريثن

Definisi : perbuatan, hal dsb mewarisi atau mewariskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pewarisan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PEWARISANPEWARISAN, pemindahan hak terhadap harta benda, jawatan dan kedudukan daripada seseorang kepada seseorang yang lain dalam masyarakat. Dalam masyarakat Melayu, pewarisan harta benda atau jawatan boleh dibuat semasa seseorang masih hidup ataupun selepas dia meninggal dunia. Harta benda yang boleh diwariskan termasuklah tanah, rumah, barang kemas, harta-harta lain yang boleh dinilaikan dan barang-barang peribadi. Jawatan pula lebih merupakan jawatan simbolis lanjutan daripada struktur sosiopolitik Melayu tradisi.BUDAYAKonsep
HUKUM PEWARISAN ISLAM

Hukum Pewarisan Islam, salah satu cabang dalam hukum kekeluargaan Islam.

AGAMADasar
PRIMOGENITUR

Primogenitur ialah sistem pewarisan yang

diamalkan dengan meluasnya di Eropah sejak

beratus-ratus tahun. Menurut sistem ini, anak sulung

dalam sesebuah keluarga, dan biasanya anak lelaki

yang tertua, mempunyai hak mutlak mewarisi pusaka

(tanah dan harta benda lain) daripada ibu bapanya.

UMUM 
ANDREW, PRINCE

Andrew, Prince (1960– ), putera kedua Ratu

Elizabeth dari United Kingdom. Dia menduduki

tempat keempat dalam senarai pewarisan takhta.

UMUM 
GENETIK TUMBUH-TUMBUHAN

Genetik tumbuh-tumbuhan ialah salah satu bidang botani yang mengkaji tentang pewarisan ciri-ciri tumbuh-tumbuhan yang dipindahkan daripada satu generasi kepada generasi berikutnya melalui gen.

BIOLOGISifat/Keadaan
UNDANG-UNDANG ADAT DI SABAHUNDANG-UNDANG ADAT DI SABAH, peraturan-peraturan yang diaplikasi kepada penduduk peribumi Sabah, yakni mereka yang diberi status ‘anak negeri’.  Peraturan ini berasal daripada adat atau amalan penduduk peribumi Sabah yang berkaitan dengan kepercayaan, kekeluargaan, pewarisan, kejiranan, hubungan seksual dan tatacara menimbangkan konflik.  Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa adat yang dipakai oleh pelbagai suku kaum yang terdapat di Sabah seperti suku kaum Dusun-Kadazan, Murut, Bajau, Melayu, Bugis, Orang Sungai dan lain-lain lagi boleh dikekalkan dan merupakan sebahagian daripada undang-undang negara sekiranya ia menepati syarat-syarat berikut.  Pertama, adat tersebut tidak boleh direka tetapi mempunyai sejarah turun-temurun.  Kedua, adat tersebut masih dihayati oleh suku kaum berkenaan.  Ketiga, adat itu mestilah diamalkan secara berterusan, yakni tidak pernah terputus daripada satu keturunan kepada satu keturunan, dan keempat, adat itu mestilah boleh dikuatkuasakan dalam erti kata bahawa ia jelas dari segi hukuman yang akan dikenakan terhadap pesalah.BUDAYAKonsep
MAHKAMAH ANAK NEGERI

MAHKAMAH ANAK NEGERI, mahkamah rendah peribumi Sabah dan Sarawak yang mempunyai bidang kuasa yang berkaitan dengan adat. Mahkamah ini mengadili kes-kes yang berkaitan dengan hal ehwal agama, pewarisan, perkahwinan, dan kesalahan seksual.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
ADAT TEMENGGUNG

ADAT TEMENGGUNG, sistem sosiobudaya peribumi tentang pemilikan, pewarisan dan kepimpinan yang terdapat dalam masyarakat Melayu yang mengamalkan sistem dwisisi.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas