Pewasapan ialah kaedah membunuh perosak yang melibatkan penggunaan gas toksik. Ia digunakan dengan meluas untuk menghapuskan rumpai, nematod (cacing gelang), dan perosak- perosak lain di tanah pertanian. Ia juga digunakan untuk melindungi makanan seperti bijian, kekeras, dan rempah-ratus daripada tikus dan serangga semasa disimpan. Barang yang diangkut dengan kapal antara negara kerap diwasapkan untuk mencegah perosak dan penyakit daripada merebak dari negara ke negara lain. Rumah, pangsapuri, dan bangunan-bangunan lain kadangkala diwasapkan untuk membunuh lipas, anai-anai, dan serangga-serangga lain. |