Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n burung phoenix : everyone thought that the company would never get on its feet again but like a ~ it did, setiap orang menganggap bahawa syarikat itu tdk akan bangun lagi tetapi spt burung phoenix syarikat itu bangun semula. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata phoenix


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PHOENIX

Phoenix (pend. 983 403; pend. kaw. met.

2 112 101) ialah ibu negeri dan bandar terbesar

Arizona . Ia adalah pusat peranginan utama dan

turut dikenali sebagai tempat membuat peralatan

komputer dan elektronik. Bandar ini terletak di

Lembah Sungai Salt, sebuah kawasan tanah rata

yang dikelilingi gunung rendah. Phoenix diasaskan

pada tahun 1870.

UMUM 
ARIZONA

Arizona ialah negeri di Barat Daya Amerika

Syarikat. Iklim gurun yang panas dan kering

menarik perhatian ramai orang. Lebih daripada

setengah penduduknya tinggal di Phoenix, ibu

negeri dan bandar terbesar di Arizona. Tanah

rizab Orang Asli Amerika meliputi kira-kira suku

daripada tanah Arizona. Sesetengah Orang Asli

Amerika tinggal dalam komuniti yang dibina

melebihi 800 tahun dahulu. Ramai orang Amerika

keturunan Mexico juga tinggal di Arizona.

Pengaruh mereka adalah ketara pada adat resam,

makanan, dan nama tempat.

UMUM 
KIRIBATI

Kiribati ialah negara kecil yang terdiri daripada

33 pulau di tengah Lautan Pasifik. Ia terdiri

daripada tiga gugusan pulau: Kepulauan Gilbert

(16 buah pulau) dan Banaba (dahulunya dikenali

sebagai Pulau Ocean), Kepulauan Phoenix (lapan

buah pulau), dan Kepulauan Line (lapan buah

pulau). Pulau-pulau ini terletak di kedua-dua belah

Khatulistiwa, dan bertaburan dalam satu kawasan

seluas lima juta kilometer persegi di Lautan Pasifik.

UMUM 

Kembali ke atas