OAK PIAGAM | Oak Piagam ialah pokok besar di Hartford, Connecticut, di Amerika Syarikat. Ia menjadi terkenal kerana kisah bahawa piagam asal Connecticut disembunyikan di situ untuk mengelakkannya daripada dirampas oleh gabenor Inggeris. | UMUM | |
PIAGAM JAKARTA | PIAGAM JAKARTA, persetujuan yang dicapai antara nasionalis Islam dengan nasionalis (kebangsaan) Indonesia mengenai pembentukan negara bangsa Indonesia menjelang pengisytiharan kemerdekaan Indonesia. Persetujuan ini telah dicapai oleh Badan Penyelidik Usaha-Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia (BPUPKI), iaitu satu panitia yang telah dibentuk pada 28 Mei 1945. Pada sidang kedua BPUPKI, satu panitia kecil telah ditubuhkan. Ahli-ahlinya terdiri daripada Sukarno, Mohammad Hatta, A.A. Maramis, Abiskusno Tjokrosujoso, Abdul Kahar Muzakar, Haji Agus Salim, Ahmad Subardjo, Wahid Hasjim dan Muhammad Yamin. Pada 22 Jun 1945, panitia ini berjaya mencapai suatu modus persetujuan yang kemudian dikenal sebagai Piagam Jakarta (Jakarta Charter). Kandungan Piagam Jakarta hampir sepenuhnya tercermin dalam Pembukaan Undang-Undang Dasar 1945 (UUD 45), iaitu sistem pemerintahan negara Indonesia. Modus persetujuan itu juga mempengaruhi rumusan rancangan UUD bagi Indonesia merdeka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
PIAGAM | Piagam dikenali sebagai tataurusan syarikat dalam hal tertentu. Ia ialah dokumen bertulis yang merupakan bantuan yang diberikan oleh raja atau kerajaan. | UMUM | |
ATLANTIC CHARTER | Atlantic Charter (Piagam Atlantik) menyatakan tujuan Amerika Syarikat dan Great Britain selepas Perang Dunia II. Presiden Amerika Syarikat Franklin D. Roosevelt dan Perdana Menteri Britain Winston Churchill menerima pakai perisytiharan ini pada bulan Ogos 1941 dalam satu persidangan di atas kapal dekat pantai provinsi Newfoundland, Kanada. Teks lengkap piagam ini diberikan di bawah. | UMUM | |
PERBADANAN | Perbadanan ialah individu atau kumpulan yang memperoleh satu piagam yang memberinya hak dan keutamaan perundangan yang tertentu. Sesebuah perbadanan boleh memiliki harta, membeli dan menjual, mengeluarkan barangan, dan mengambil tindakan undang-undang seolah- olah ahlinya adalah seorang individu. Jenis perbadanan yang paling dikenali ialah perbadanan perniagaan. Jenis-jenis perbadanan lain termasuk perbadanan perbandaran, perbadanan milik kerajaan, dan perbadanan separa awam. | UMUM | |
RIZAB BARAT | Rizab Barat . Pada tahun 1662, Raja Charles II dari England telah menganugerahi sebuah piagam kepada tanah jajahan Connecticut. | UMUM | |
ANDROS, SIR EDMUND | Andros, Sir Edmund (1637–1714) ialah tentera dan pentadbir Inggeris. Pada tahun 1686, dia menjadi gabenor beberapa buah koloni Amerika Utara, yang dinamakan Dominion of New England. Dia ke Hartford, Connecticut, untuk menuntut piagam yang memberi kepada mereka hak untuk mentadbir sendiri koloni itu. Mereka enggan menyerahkannya. Mengikut legenda, mereka menyembunyikan piagam itu di dalam sebatang pokok, yang kemudian dinamakan Piagam Oak. | UMUM | |
PERLEMBAGAAN BRITISH | Perlembagaan British ialah rangka kerja kerajaan dan undang-undang Great Britain. Perlembagaan ini tidak dinyatakan dalam sebarang dokumen tetapi terdiri daripada beberapa piagam yang berasingan, akta parlimen, keputusan undang-undang, dan adat. Mengikut undang-undang, Parlimen ialah institusi yang paling tinggi kedudukannya dan ia boleh mengubah sebarang peruntukan perlembagaan. Tetapi, mengikut tradisi, terdapat beberapa perkara yang tidak dapat diubah oleh parlimen. Misalnya, rakyat dilindungi daripada sebarang pemenjaraan yang tidak sah berasaskan writ of habeas corpus , yang bertarikh dari tahun 1200-an (lihat Habeas corpus ). | UMUM | |
PERLEMBAGAAN | Perlembagaan ialah kenyataan yang menggariskan prinsip asas organisasi formal yang telah dipersetujui. Perlembagaan dibuat dari peringkat kerajaan negara hingga ke peringkat kelab persendirian. Perlembagaan menyatakan struktur dan tujuan sesebuah organisasi itu ditubuhkan dan hak warganegaranya atau ahlinya. Perlembagaan juga menetapkan kuasa pegawai, cara mereka dipilih, dan tempoh mereka memegang jawatan. Perlembagaan juga disebut sebagai tataurusan pertubuhan atau piagam (lihat Piagam ). | UMUM | |
DATUK BANDAR | Datuk bandar ialah gelaran kehormat yang diberikan kepada pengerusi majlis borough tertentu di Great Britain. Daerah-daerah kerajaan tempatan yang telah dikurniakan status borough oleh piagam diraja mempunyai datuk bandar. | UMUM | |