PIANO | Piano ialah alat muzik keyboard yang bunyinya dihasilkan melalui tali yang dipukul oleh tukul kecil yang berpad. Piano menghasilkan julat bunyi muzik yang lebih besar berbanding dengan kebanyakan alat lain. Dengan piano, pemuzik boleh memainkan melodi dan harmoni pada masa yang sama. Pemain piano juga boleh memainkan pelbagai jenis not yang luar biasa secara kuat dan perlahan, dengan kelajuan yang tinggi. | UMUM | |
STEINWAY, HENRY ENGELHARD | Steinway, Henry Engelhard (1797–1871) ialah pembuat piano Jerman yang mengasaskan syarikat piano Steinway & Sons. Steinway menubuhkan syarikat ini di New York City pada tahun 1853, kira-kira tiga tahun selepas berpindah ke Amerika Syarikat. Piano ciptaannya terkenal kerana mutunya yang tinggi. | UMUM | |
MENDELSSOHN, FELIX | Mendelssohn, Felix (1809–1847), penggubah, pemain piano, dan konduktor Jerman. Dia mula muncul di khalayak ramai sebagai pemain piano semasa berumur sembilan tahun. Dia mengarang muzik pertamanya semasa berumur 10 tahun, dan menjelang umur belasan tahun, dia sudah menjadi penggubah yang dihormati. Dia mungkin penggubah yang paling masyhur pada zamannya. | UMUM | |
CHOPIN, FRÉDÉRIC FRANÇOIS | Chopin, Frédéric François (1810–1849), penggubah muzik kelahiran Poland, merupakan seorang “master” dalam penggubahan muzik piano. Chopin menggubah muzik kamar (muzik untuk kumpulan alat yang kecil), beberapa lagu, dan beberapa buah lagi untuk piano dan orkestra. Tetapi kemasyhurannya terletak semata-mata atas lebih daripada 200 gubahan untuk piano solo. | UMUM | Umum |
ALBENIZ, ISAAC | Albeniz, Isaac (1860–1909), penggubah muzik dan pemain piano Sepanyol. Dia ialah salah seorang pencipta gaya kebangsaan untuk muzik Sepanyol. Gubahannya yang paling terkenal, Iberia (1908), terdiri daripada empat buku muzik piano solo. | UMUM | |
LEWIS, JOHN AARON | Lewis, John Aaron (1920–2001) ialah pemain piano dan penggubah Amerika. Pada tahun 1952, dia menubuhkan Modern Jazz Quartert, kombo yang paling kukuh dalam sejarah muzik jaz. Dia masih lagi berkhidmat sebagai pemain piano dan pengarah muzik. Lewis mempelopori perkembangan muzik aliran ketiga, iaitu gabungan muzik jaz dan klasik. Dia menggubah muzik untuk kumpulan jaz, orkestra besar, filem dan pertunjukan pentas. | UMUM | |
LICAD, CECILE | Licad, Cecile (1961– ), pemain piano konsert Filipina yang memperolehi pengiktirafan antarabangsa pada tahun 1980-an. Dia mempersembahkan konsert profesionalnya yang pertama di Amerika Syarikat pada tahun 1980, bersama-sama Boston Symphony Orchestra di bawah pimpinan pemimpin Jepun, Seiji Ozawa. Persembahannya di Tanglewood Festival, Massachusetts , memenangi anugerah Leventritt. Pada tahun 1981, Licad memulakan musim konsert pertama yang sepenuhnya dengan orkestra New York Philharmonic di bawah pimpinan Zubin Mehta, dari India. | UMUM | |
MOORE, GERALD | Moore, Gerald (1899–1987) ialah pemain piano British yang mencapai kemasyhuran melalui kemahirannya sebagai pemuzik iringan. Muzik iringannya kepada penyanyi dan pemain violin dikagumi di seluruh dunia. Moore lahir di Watford, Hertfordshire, England. Dia menulis mengenai seni pemuzik iringan dalam The Unashamed Accompanist (1943) dan Singer and Accompanist (1953). Autobiografinya diterbitkan dalam dua jilid: Am I Too Loud? (1962) dan Farewell Recital (1978). Dia juga menulis Furthermore: Interlude in an Accompanist’s Life (1983). | UMUM | |
SERKIN, RUDOLF | Serkin, Rudolf (1903–1991) ialah pemain piano konsert yang popular. Dia terkenal dengan persembahan muzik Austria dan Jerman tahun 1700-an dan tahun 1800-an yang bertenaga, peka, dan jelas. Dia terkenal kerana permainan solo dan juga persembahan muzik kamarnya. | UMUM | |
PREVIN, ANDRE | Previn, Andre (1929– ) ialah pemimpin orkestra, pemain piano, dan penggubah lagu Amerika Syarikat. Previn menjadi pemimpin Houston Symphony Orchestra, di Amerika Syarikat dari tahun 1966 hingga tahun 1969. | UMUM | |