Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pia.tu] | ڤياتو

Definisi : 1. tiada beribu dan tiada berbapa: anak ~; rumah ~ rumah tempat memelihara anak­-anak piatu; 2. sl tidak mempunyai sanak­-saudara; dagang ~ orang asing yg tidak mem­punyai sanak-saudara; rimba ~ sl rimba besar; kepiatuan sl hidup bersendirian (tiada beribu bapa atau tiada bersanak-saudara), tersendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pia.tu] | ڤياتو

Definisi : 1 = yatim ~ ibu dan bapanya sudah meninggal: anak ~ anak yg telah kematian ibu dan bapanya. 2 tidak mempunyai saudara-mara; dagang ~ orang dagang yg tidak bersaudara-mara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata piatu

Puisi
 

Mengail di Jongok Batu,
     Patah dulang hampir menghilang;
Laksana dagang piatu,
     Kain basah kering di pinggang.


Lihat selanjutnya...(14)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ADAMSON, JOY

Adamson, Joy (1910–1980), pengarah dan pelukis,

yang menjadi termasyhur kerana bukunya Born

Free: A Lioness of Two Worlds (1960). Buku ini

menceritakan bagaimana Adamson dan suaminya

memelihara Elsa, anak singa yatim piatu, semasa

mereka tinggal dan bertugas di Kenya, Afrika Timur.

Pasangan Adamsons melatih Elsa memburu

haiwan-haiwan lain untuk makanan supaya ia

akhirnya dapat mencari makan sendiri dalam hutan.

UMUM 
S. EFFENDI

S. EFFENDI (1923 -       ), penyanyi dan pencipta lagu Indonesia.  Nama penuhnya ialah Said Effendi.  Dia lahir pada 6 Ogos 1923 di Besuki, Jawa Timur, Indonesia.  Dia yang berketurunan Madura menjalani hidup yang agak tidak menentu sewaktu kecilnya.  Sejak berusia lima tahun dia sudah biasa bangun pagi untuk ke surau melaungkan azan subuh.  Suaranya telah memukau pendengar.  S. Effendi menjadi piatu sewaktu berusia enam tahun lagi.  Oleh sebab ayahnya sibuk berdagang di merata-rata tempat, dia sering ditinggalkan sendirian.  Dia tidak mendapat pendidikan formal dan sering keluar masuk sekolah.  Dia pernah dihantar oleh bapa saudaranya belajar di madrasah.

BUDAYATokoh

Kembali ke atas