Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pic] | ڤيچ

Definisi : 1. sj pokok yg mempunyai bunga berwarna samar dan buahnya bulat dan boleh dimakan, Prunus persica; 2. = buah ~ buah drpd pokok pic yg bulat, berkulit kekuningan, dan isi yg manis; 3. warna kuning kemerah-merahan spt warna buah pic yg masak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pic] | ڤيچ

Definisi : (Muz) darjah tinggi atau rendahnya nada suara (bunyi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pic] | ڤيچ

Definisi : 1 nama sj pokok atau buahnya (buahnya bulat, berair dan berwarna kuning kemerah-merahan), Prunus persica. 2 warna kuning kemerah-merahan spt warna buah pic 1 yg masak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pic] | ڤيچ

Definisi : darjah tinggi atau rendahnya nada suara atau bunyi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pic


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PIC

Pic ialah ciri bunyi yang ditentukan oleh frekuensi

getaran gelombang bunyi. Bunyi pic tinggi

mempunyai frekuensi yang lebih tinggi

berbanding dengan bunyi pic rendah. Apabila

pemain violin menala alatnya, dia melaraskan

setiap tali supaya ia bergetar pada frekuensi yang

dikehendaki (lihat Bunyi ).

UMUM 
NEKTARIN

Nektarin ialah sejenis pic yang berkulit licin.

Nektarin biasanya berwarna kuning kemerahan

yang lebih pekat daripada pic, dan rasanya lebih

manis sedikit. Pic dan nektarin kedua-duanya

tergolong dalam spesies yang sama dan berasal

dari China kira-kira 2500 tahun yang lalu. Seperti

pic, nektarin, terutamanya ditanam di tempat yang

beriklim Mediterranean. Ia juga boleh ditanam

jauh ke utara di kawasan yang teduh. Di tanah yang

kurang subur, tanaman ini mungkin dicantumkan

dengan stok akar yang lebih tahan lasak seperti

kacukan pic/badam baka kacukan.

Pengelasan saintifik. Nektarin tergolong dalam

spesies pic Prunus persica . Ia adalah P. persica var .

nectarina .

Lihat juga Pic.

UMUM 
KUPU-KUPU PIC

Kupu-kupu pic ialah kupu-kupu kecil, berbintik-bintik

perang. Ia juga dikenali sebagai kupu-kupu

buah Timur kerana ia dikatakan berasal dari

Jepun. Ia adalah satu daripada perosak

pic yang paling serius.

UMUM 
APRIKOT

Aprikot, sejenis buah seakan-akan pic dan berwarna hijau ketika muda, dan kuning hingga jingga kemerahan apabila masak.

PERTANIANFlora dan Fauna
KESAN DOPPLER

Kesan Doppler ialah perubahan frekuensi

gelombang bunyi, cahaya atau radio yang

disebabkan oleh gerakan relatif sumber

gelombang dan pemerhatinya. Contohnya, pic

(frekuensi) wisel kereta api kelihatan lebih tinggi

semasa ia datang dan lebih rendah selepas lalu dan

mula beredar. Nada sebenar wisel kereta api itu

adalah tetap.

UMUM 
NAISMITH, JAMES

Naismith, James (1861–1939), guru Kanada yang

telah mencipta permainan bola keranjang pada

tahun 1891 (lihat Bola keranjang ). Dia mahu

mencipta permainan di dalam bangunan pada

musim sejuk. Dia telah memaku dua buah bakul pic

dan menggunakan bola sepak untuk permainan

pertamanya. Dia mencipta permainan itu ketika dia

menjadi guru pendidikan jasmani di International

YMCA Training School (sekarang dikenali sebagai

Springfield College), Springfield, Massachusetts,

Amerika Syarikat.

UMUM 

Kembali ke atas