GETAH (RISDA) | Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah (RISDA) ialah agensi berkanun yang bertanggungjawab terhadap rancangan penanaman semula getah. RISDA adalah singkatan Rubber Industry Smallholder’s Development Authority atau Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah. RISDA ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah Undang-undang Malaysia (85) 1972, Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah. Sebelum itu, ia dikenali dengan nama Lembaga Perusahaan Tanam Semula Getah (LPTSG) yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perusahaan Utama. Pada tahun 1978, RISDA diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah. Manakala pada tahun 1992, pentadbirannya diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. | UMUM | |
NORDENSKJÖLD, NILS ADOLF ERIK | Nordenskjöld, Nils Adolf Erik (1832–1901), Baron Nordenskjöld, adalah peneroka kutub Sweden , ahli mineralogi dan pihak berkuasa peta. Pada tahun 1878 dan tahun 1879, dia menjadi orang pertama belayar merentasi Laluan Timur Laut di antara Lautan Atlantik dengan Lautan Pasifik. Dia belayar di sepanjang pantai utara Eropah dan Asia. Pengembaraan ini diabadikan di dalam bukunya, Voyage of the Vega (1881). | UMUM | |
TAWARAN RAYUAN | Tawaran rayuan ialah amalan yang dilakukan oleh defenden dalam kes jenayah dengan bersetuju untuk mengaku bersalah daripada menjalani perbicaraan. Dalam sesetengah kes, pihak berkuasa pendakwa berjanji untuk menggugurkan satu atau lebih tuduhan ataupun meringankan tuduhan yang berat sebagai ganti untuk pengakuan bersalah. Sebagai alternatif lain, pendakwa berjanji akan mencadangkan bahawa tertuduh akan mendapat hukuman yang ringan daripada hukuman yang lazim jika dia mengaku bersalah. Di Amerika Syarikat, lebih kurang 90 peratus daripada defenden mengaku bersalah dan kebanyakannya hasil daripada tawaran rayuan. | UMUM | |
MAJLIS BANDAR RAYA JOHOR BAHRU | Majlis Bandar raya Johor Bahru (MBJB), pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran, perancangan dan pembangunan Bandar raya Johor Bahru. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
MAJLIS BANDAR RAYA IPOH | Majlis Bandar raya Ipoh (MBI), pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan perancangan Bandar raya Ipoh, ibu negeri Perak dan bandar keempat terbesar di Malaysia. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
RISDA | RISDA, agensi berkanun. RISDA ialah singkatan Rubber Industry Smallholder’s Development Authority atau Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah. RISDA ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972 Bilangan 85. Sebelum RISDA diwujudkan, pentadbiran pekebun-pekebun kecil getah dikelolakan oleh Lembaga Perusahaan Getah Tanam Semula (LPGTS) yang diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Perusahaan Utama, sehingga nama LPGTS ditukar kepada RISDA menjelang tahun 1973. Pada tahun 1978, RISDA diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah. Kemudian sekali lagi RISDA berpindah pentadbiran ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar pada penghujung tahun 1992. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
KERAH | KERAH, satu bentuk institusi buruh yang wujud dalam sistem pemerintahan Melayu tradisional. Kerah ialah perkhidmatan buruh percuma yang dipaksakan ke atas rakyat oleh pihak berkuasa negeri. Oleh itu, institusi ini dikenal juga sebagai kerja paksa. Kerja paksa ini dinamakan kerah sempena perintah mengerah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa apabila mereka memerlukan tenaga buruh sedemikian. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
AUTORITARIANISME | Autoritarianisme ialah sebarang bentuk kerajaan yang secara relatif hanya diperintah oleh beberapa orang sahaja, dan penduduk berperanan kecil dalam membuat keputusan. Negara autoritarian boleh menyekat, mengehadkan dengan kekerasan atau memanipulasi pilihan raya untuk disesuaikan dengan kehendak pihak berkuasa. Mereka boleh mengehadkan kuasa perundangan yang mewakili orang ramai, seperti parlimen atau kongres, dan mengehadkan kebebasan individu. | UMUM | |
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH | Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah merupakan pihak berkuasa tempatan yang mentadbir pembangunan, dan perancangan seluruh kawasan Daerah Melaka Tengah. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
AKTA KAWALAN HARGA 1946 | Akta Kawalan Harga 1946, akta yang membenarkan pengawalan harga bagi semua jenis barang oleh pihak berkuasa. Akta ini telah digubal pada tahun 1946 dan disemak pada tahun 1973. | UNDANG-UNDANG | Akta |