Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pihaknya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PAK KADUK

PAK KADUK, nama watak dalam cerita jenaka Melayu, sastera rakyat. Pak Kaduk melalui “Cerita Pak Kaduk” membawa watak bodoh sial. Dia bernasib baik tetapi rezeki tidak di pihaknya kerana sifat tamaknya. Dia juga tidak boleh dianggap bodoh seperti Pak Pandir kerana dia berdaya menggunakan akal supaya mendapat manfaat daripada usaha yang dilakukan. Malangnya tindakan yang diambil setelah membuat pertimbangan tidak sesuai dengan keadaan sebenar, menyebabkan dia kerugian, iaitu ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’. 

SASTERAKarya
AL-WAKALAH

Al-Wakalah ialah prinsip syariah yang bermaksud perwakilan.  Dalam operasi perbankan Islam, al-Wakalah merujuk kepada suatu kontrak antara pelanggan dengan bank apabila pelanggan melantik bank sebagai wakil atau ejen dalam sesuatu urusan bagi pihaknya.

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep

Kembali ke atas