Definisi : ; memikat 1. menangkap burung dll dgn menggunakan burung lain yg jinak, menjebak: berburu kerbau jalang, dan ~ ayam hutan; 2. memerangkap (musuh dll), memancing: tingkap itu sengaja dibuka utk ~ pencuri masuk; 3. melakukan sesuatu supaya seseorang (sesuatu) tertawan atau tertarik hati: seorang anak muda mata keranjang telah ~ Minah; ~ hati memujuk-mujuk dan menarik-narik hati: lagu-lagu Minang moden makin ~ hati pendengar; terpikat kena pikat, tertarik (hati): aku segera ~ oleh seluruh gerak-gerinya; pikatan burung (orang dll) yg telah dipikat; pemikatan perihal (proses atau perbuatan) memikat: pepatung jantan terbang ke arah pepatung betina dlm proses ~; pemikat 1. orang yg memikat; 2. burung (orang dll) yg digunakan utk memikat; ~ hati penarik (penawan) hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : ; memikat 1 menangkap burung dll dgn menggunakan burung yg jinak sbg denak: Ketika di kampung dahulu, saya suka benar ~ burung serindit bersama kawan-kawan. 2 melakukan sesuatu utk menarik minat atau utk menarik hati orang: Dia berjaya ~ gadis yg dicintainya itu. terpikat telah dipikat; tertarik hatinya: Setiap perempuan yg terpandang kpdnya akan ~. pemikat 1 orang yg memikat: ~ burung. 2 burung dll yg digunakan utk memikat; denak; umpan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)