Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.kul] | ڤيکول

Definisi : 1. barang yg diangkat dgn galas di atas bahu: membeli se~ air minum; 2. ukuran berat yg besarnya 100 kati (lebih kurang 62.5 kg): harga lima ~ beras ialah RM150; berpikul-pikul beberapa pikul; memikul 1. membawa barang dgn galas di atas bahu, mengandar, menggalas: ~ padi; 2. mengangkat, mengusung: maka ada bertemu lapan sepuluh orang tengah ~ meriam besar; Hassan ~ peti kacanya, aku menjunjung sekotak pinggan; 3. ki menghadapi dan harus melaksanakan dsb (sesuatu) sbg tanggung­jawab, menanggung: dia pun sama ~ hutang bapanya; akan ~ tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung prb tiada berdaya mengerjakan sesuatu tugas kerana tiada berilmu (tiada ber­wang); berat sama dipikul, ringan sama dijinjing prb suka duka sama-sama ditanggung; memikulkan 1. memikul beban utk orang lain; 2. meletakkan sesuatu di bahu utk dipikul; 3. membebankan, memberi menanggung, me­nyerahkan (kewajiban, tanggungjawab, dll) kpd: aturan-aturan baru yg dipikulkan kpd kita; terpikul 1. dapat atau berupaya dibawa di atas bahu: saya tidak ~ seguni beras itu; 2. ditanggung, terletak: kini tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak-anak ~ di bahunya; 3. dapat ditanggung, terderita, tertahan: dia mengalami tekanan jiwa yg tidak ~ olehnya; pikulan 1. tongkat utk memikul sesuatu, galas, gandar; 2. beban atau muatan yg dipikul; pemikul orang yg memikul beban. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.kul] | ڤيکول

Definisi : 1 banyak yg dpt dibawa di atas bahu: Pd waktu itu, se~ kayu api berharga 30 sen. 2 ukuran berat yg beratnya 60.479 kg atau 100 kati. memikul membawa barang di atas bahu; mengandar; menggalas: ~ kayu api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pikul
Kata Terbitan : memikul, memikulkan, pikulan, pemikul,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ADAT PERKAHWINAN MELANAU

ADAT PERKAHWINAN MELANAU, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melanau di Sarawak. Adat perkahwinan yang diamalkan bergantung kepada status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu dibawa untuk ‘tanda tunaeng’ dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti ‘adat menuga’, ‘adat mebin’ dan ‘pakan’ juga turut ditentukan oleh status sosial ini. Walau bagaimanapun, asas adat perkahwinan adalah sama seperti merisik dan majlis perkahwinan.

 

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas