Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n penziarah (ke + approp n ); ( Muslim ) jemaah haji: many Christian ~s visit Bethlehem at Christmas-time, ramai penziarah Kristian melawat Bethlehem semasa Krismas. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pilgrim


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAYFLOWER

Mayflower ialah kapal yang membawa Pilgrim

Fathers (Bapa Pengembara) (sekumpulan Puritan

Inggeris yang mengasaskan Plymouth) ke Amerika

pada tahun 1620.

UMUM 
SAMOSET

Samoset (1590?–1655) ialah salah seorang Orang

Asli Amerika yang menjadi sahabat awal kepada

penduduk Pilgrim dari Tanah Jajahan Plymouth di

Amerika Syarikat. Dia ialah sagamore (ketua) Orang

Asli Amerika suku Pemaquid dan mula

berhubungan dengan orang Inggeris apabila dia

bertemu dengan beberapa orang nelayan Inggeris

di pinggir laut Maine. Dia belajar sedikit bahasa

Inggeris daripada mereka. Pada bulan Mac 1621,

Samoset mengejutkan penduduk tanah jajahan

Plymouth dengan muncul di jalan raya serta

mengalu-alukan kedatangan mereka dalam bahasa

Inggeris pasar. Kemudian, dia memperkenalkan

para pemimpin tanah jajahan itu kepada Massasoit,

ketua Orang Asli Amerika kawasan Plymouth. Pada

tahun 1625, Samoset membuat surat ikatan

pemindahan tanah Orang Asli Amerika kepada

penduduk tanah jajahan Inggeris, iaitu yang

dipercayai surat ikatan yang pertama. Dia

memindahkan 4856 hektar tanah puaknya kepada

John Brown, salah seorang peneroka di situ.

UMUM 
BUNYAN, JOHN

Bunyan, John (1628–1688) ialah pendakwah

Inggeris yang menulis The Pilgrim’s Progress

(1678, 1684).

UMUM 
ARBUTUS

Arbutus ialah nama yang diberikan kepada

beberapa pokok malar hijau daripada famili heath .

Kebanyakannya adalah pokok renek atau pokok. Di

timur dan tengah Kanada, serta di Amerika Syarikat,

arbutus yang paling terkenal ialah arbutus menjalar ,

pokok menjalar berbunga putih atau merah jambu

yang wangi. Di New England, ia dinamakan

mayflower . Pilgrim Fathers dikatakan telah

memberikan nama ini. Pokok strawberi berasal dari

barat daya Eropah, tetapi telah diperkenalkan

sebagai pokok hiasan di banyak kawasan. Ia tumbuh

dari tiga hingga sembilan meter, berbunga putih

atau merah jambu dan buahnya berbentuk

strawberi dan sebesar strawberi.

Pengelasan saintifik: Arbutus menjalar tergolong

dalam famili heath , Ericaceae . Ia dikelaskan sebagai

Epigaea repeus . Pokok strawberi ialah Arbutus unedo .

Lihat juga Bunga (gambar; Bunga-bungaan di

hutan jarang dan hutan).

UMUM 

Kembali ke atas