SURUHANJAYA PILIHAN RAYA | Kapsyen1"> :1"> Mengundi sebagai satu simbol demokrasi SURUHANJAYA PILIHAN RAYA, sebuah badan atau agensi bebas bertaraf perlembagaan dan menjadi pengawas serta penyelia satu proses dalam sistem demokrasi. Suruhanjaya ini ditubuhkan mengikut perintah Perlembagaan Malaysia (Fasal 114). Dalam menjalankan tugasnya, suruhanjaya bukan saja harus bersikap dan bertindak berkecuali, saksama dan adil, tetapi harus kelihatan demikian, kerana sifat-sifat itu sendiri sudah menjadi sebahagian daripada lunas-lunas demokrasi. Dalam mentadbirkan dan menjalankan fungsinya, Suruhanjaya Pilihan Raya dibekalkan dengan kuasa-kuasa berkanun seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia (Bahagian VIII) serta Jadual Kedua Belas, akta-akta khusus, dan peraturan-peraturan terbitan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SURUHANJAYA REID | Kapsyen1"> :1"> Dato’ Onn Jaafar sedang menunjukkan memorandum UMNO-MCA kepada Suruhanjaya Reid, semasa kempen Pilihan Raya 1955 SURUHANJAYA REID, badan yang dibentuk bagi mendraf perlembagaan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Badan ini terbentuk hasil daripada pertemuan dan perbincangan kemerdekaan Tanah Melayu di London dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Setia Usaha Tanah Jajahan, Pesuruhjaya Tinggi, Menteri Negeri United Kingdom dan wakil Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra dan wakil raja-raja Melayu yang diketuai oleh Dato’ Panglima Bukit Gantang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PERCERAIAN | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PERCERAIAN, pembubaran sebuah perkahwinan. Dalam masyarakat Melayu, penceraian berlaku mengikut peraturan dan ketetapan agama Islam. Apabila suami melafazkan talak kepada isterinya, secara automatik mereka telah bercerai. Walaupun hak melafazkan talak diberi kepada suami, tetapi dalam kes tertentu, isteri juga boleh meminta cerai. Kadi boleh meluluskan fasakh (talak) jika alasan yang munasabah diberi. Dari segi Islam, penceraian hanya sebagai pilihan terakhir, jika usaha lain untuk mendamaikan perkahwinan gagal. Semua perceraian mesti didaftarkan di pejabat kadi daerah. | BUDAYA | Konsep |
PURATA DOW JONES | Purata Dow Jones merupakan statistik yang menunjukkan aliran harga saham dan bon di Amerika Syarikat. Ia adalah pemurataan saham pilihan dan bon yang diniagakan di Bursa Saham New York . Dow Jones & Company, sebuah firma penerbitan kewangan, mengira purata taksiran setiap jam perniagaan setiap urus niaga pada tiap- tiap hari. Terdapat empat jenis purata: (1) purata harga saham biasa daripada 30 firma industri, (2) purata saham biasa daripada 20 syarikat pengangkutan, (3) purata saham biasa daripada 15 syarikat pengguna, dan (4) purata 65 saham yang membentuk ketiga-tiga purata yang pertama tadi. Minat masyarakat tertumpu pada purata-purata ini. | UMUM | |