| PERTANIAN PINDAH | Pelbagai sistem bercucuk tanam di sesuatu kawasan dan akan ditinggalkan apabila kesuburan tanah pupus. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Konsep |
| CAKAP PINDAH | Cakap pindah ialah kata-kata yang dituturkan oleh seseorang ditulis dengan membuat perubahan nahu atau pengubahsuaian nahu tanpa mengubah maksudnya. | BAHASA | Konsep |
| SHANGRI-LA | Amalan pindah ternak di kalangan sebahagian orang Sherpa, Gunung Himalaya. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Konsep |
| ANTIBEKU | Antibeku ialah bahan yang dicampurkan sesuatu cecair untuk menurunkan takat bekunya. Antibeku digunakan dalam sebatian untuk membuang ais atau mencegah ais daripada terbentuk, dan dalam bahan penyejuk dan bendalir pindah haba. Rencana ini membincangkan antibeku kereta yang dicampur dalam sistem penyejuk kereta. | UMUM | |
| AL-BAI UL-TAKJIRI | Al-Bai ul-Takjiri ialah prinsip syariah yang digunakan dalam urusan pindah milik harta yang disewa. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep |
| AGASSIZ, LOUIS | Agassiz, Louis (1807–1873) ialah pengkaji alam kelahiran Switzerland yang mengkaji berjenis-jenis haiwan di Eropah dan Amerika. Dia menjadi terkenal kerana karyanya tentang bentuk ikan moden dan bentuk fosil. Dia percaya bahawa spesies haiwan tidak berubah, dan mengkritik teori evolusi Darwin. Jean Louis Rodolphe Agassiz lahir di Motieren- Vuly, Switzerland. Louis, Agassiz belajar di Zurich, Heidelberg, dan Munich. Agassiz pindah ke Amerika Syarikat pada tahun 1846 dan menjadi profesor zoologi dan geologi di Harvard University pada tahun 1848 (lihat Geologi). | UMUM | |
| SULTAN HAMENGKU BUWONO IX | SULTAN HAMENGKU BUWONO IX (1912-1988), Sultan dan Kepala Daerah Istimewa Yogyakarta, Indonesia. Baginda diputerakan pada 12 April 1912 di Yogyakarta, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Gusti Raden Mas Dorodjatun. Sejak berusia empat tahun, Dorodjatun tidak pernah dididik di lingkungan keraton. Baginda mendapat pendidikan di Sekolah Frobel. Dalam usia enam tahun, baginda bersekolah di Europese Lagere School (ELS). Setelah tamat, baginda melanjutkan pelajarannya di Hogere Burger School (HBS) di Semarang, kemudian pindah ke HBS di Bandung. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |