Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pingat (kata nama)
Bersinonim dengan bintang, medal, anugerah, kurniaan, darjah.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARMSTRONG, DUNCAN

Armstrong, Duncan (1968– ) ialah perenang

warga Australia yang memenangi pingat emas

dalam Sukan Olimpik 1988 bagi acara 200 meter

gaya bebas lelaki. Dia mencipta satu rekod baru

dunia dengan kepantasan 1 minit 47.25 saat. Dia

juga memenangi pingat perak dalam acara 400

meter gaya bebas. Dia bersaing dalam Sukan

Komanwel di Edinburgh pada tahun 1986 dan

memenangi dua pingat emas, satu untuk acara 400

meter gaya bebas dan satu lagi sebagai anggota

pasukan renang berganti-ganti 200 meter Australia.

Armstrong lahir di Brisbane.

UMUM 
THOMPSON, DALEY

Thompson, Daley (1958– ), salah seorang

ahli sukan British yang menonjol dalam semua

bidang. Dalam Sukan Olimpik 1980 dan 1984

Thompson memenangi pingat emas dalam acara

dekatlon , iaitu pertandingan dua hari yang teruk

yang terdiri daripada 10 acara olahraga yang

berlainan. Thompson memecahkan rekod dunia

dengan memperoleh markah tertinggi dalam

acara dekatlon sebanyak tiga kali. Dia juga

memenangi pingat emas bagi acara dekatlon di

Kejohanan Dunia 1983, Kejohanan Eropah 1982,

dan Sukan Komanwel 1978, dan 1982. Francis

Daley Thompson lahir di London.

UMUM 
OVETT, STEVE

Ovett, Steve (1955– ) ialah salah seorang atlet

olahraga Britain yang terkenal. Dia menjadi

masyhur kerana berjaya memecahkan rekod dalam

persaingan dengan atlet British, Sebastian Coe.

Dalam Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Ovett

memenangi pingat emas dalam acara lari 800

meter dan pingat gangsa dalam acara lari 1500

meter. Pada tahun yang sama, Ovett mencatatkan

rekod dunia dalam larian satu batu di Oslo,

Norway, dan bagi larian 1500 meter di Koblenz,

Jerman Barat. Pada tahun 1983, dia mencatatkan

satu lagi rekod dunia bagi acara 1500 meter.

UMUM 
SNELL, PETER

Snell, Peter (1938– ), salah seorang pelari

jarak sederhana yang terhebat. Pada tahun 1962,

dia mencipta tiga rekod dunia, iaitu untuk acara

lumba lari sebatu (3 minit 54.4 saat), acara 880 ela

(1 minit 45.1 saat), dan acara 800 meter (1 minit 44.3

saat). Penyertaannya dalam Sukan Olimpik

sebanyak dua kali menghasilkan tiga pingat emas

untuknya. Dia menjuarai acara 800 meter

kejohanan tahun 1960 di Rom. Kemudian, pada

sukan tahun 1964 di Tokyo, dia memenangi acara

800 meter dan 1500 meter. Snell lahir di Opunake,

di Pulau Utara, New Zealand. Dia bersara daripada

bidang olahraga pada tahun 1965.

UMUM 
THORPE, JIM

Thorpe, Jim (1887–1953), atlet serba boleh

terbaik dalam sejarah. Thorpe menjadi pemain

bola sepak kolej dan profesional Amerika dan

masyhur sebagai juara olahraga Olimpik. Dia juga

bermain dalam liga-utama besbol Amerika.

Dalam Sukan Olimpik tahun 1912, Thorpe

muncul sebagai atlet pertama yang memenangi

kedua-dua acara pentatlon dan dekatlon (lihat

Olahraga [dekatlon, heptatlon dan pentatlon]).

Tetapi lebih kurang sebulan kemudian, pingat

tersebut ditarik balik. Kesatuan Olahraga Amatur

memutuskan Thorpe seorang ahli sukan

profesional dan tidak layak bertanding dalam

Sukan Olimpik kerana dia didapati bermain

besbol dengan bayaran yang rendah. Pada tahun

1982, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa

mengembalikan pingat emas Thorpe dan

memasukkan namanya dalam senarai juara

Olimpik tahun 1912.

UMUM 
NURMI, PAAVI JOHANNES

Nurmi, Paavi Johannes (1897–1973) ialah

pelari Finland yang memenangi sembilan pingat

emas Olimpik dan mencatatkan 29 rekod dunia

bagi lebih daripada 16 larian jarak jauh secara

berasingan.

UMUM 

Kembali ke atas