KANADA | Kanada ialah negara kedua terbesar di dunia, dari segi keluasan selepas Rusia. Kanada merentangi benua Amerika Utara, dari Newfoundland di pinggir laut Atlantik hingga ke British Columbia di pinggir laut Pasifik. | UMUM | |
TASIK MACQUARIE | Tasik Macquarie ialah lagun pinggir laut yang besar di New South Wales, Australia. Luasnya kira-kira 100 kilometer persegi dan terletak kira-kira 15 kilometer ke selatan Newcastle. Air Tasik Macquarie dibekalkan daripada beberapa anak sungai kecil dan yang terbesar daripadanya ialah Dora Creek dan Cockle Creek. Tasik Macquarie terbuka terus ke laut di Tasik Entrance, berdekatan dengan bandar pinggir laut Swansea. Bandar utama yang lain di pesisir tasik tersebut ialah Toronto, Wangi Wangi dan Belmont. Stesen penjanaan kuasa terma Vales Point dan Wangi mendapat bekalan air dari tasik tersebut. Tasik Macquarie sebuah tempat percutian popular yang menyediakan kemudahan bermain bot dan memancing yang sangat baik. | UMUM | |
SANTOS | Santos (pend. 411 023) ialah bandar pelabuhan yang utama di Brazil. Ia terletak di pinggir laut tenggara Brazil, lebih kurang 40 kilometer dari São Paulo, sebuah bandar besar. Untuk lokasi, lihat Brazil (peta politik). Santos didirikan di sebuah pulau kecil yang dihubungkan oleh jambatan dengan tanah besar Brazil. Pengeluaran besi dan keluli, keluaran petroleum dan kuasa hidroelektrik turut memberikan sumbangan kepada ekonomi bandar ini. Kebanyakan orang yang tinggal di Santos bekerja di São Paulo. | UMUM | |
SRI LANKA | Sri Lanka ialah negara pulau di Lautan Hindi. Ia terletak kira-kira 32 kilometer dari pinggir laut tenggara India. Nama rasminya ialah Republik Sosialis Demokratik Sri Lanka. Negara ini dahulunya dikenali sebagai Ceylon. | UMUM | |
TELUK BISCAY | Teluk Biscay merupakan peluasan Lautan Atlantik di pantai barat Eropah. Ia terletak ke barat Perancis dan utara Sepanyol. Pinggir laut Teluk Biscay sepanjang kira-kira 640 kilometer. Lebar teluk ini kira-kira 480 kilometer pada bahagian yang paling lebar. | UMUM | |
SAMOS | Samos ialah pulau Yunani di Laut Aegean dan dipisahkan dari pinggir laut Turki oleh Selat Samos (lihat Greece [peta]). Samos meliputi kawasan seluas 476 kilometer persegi dan mempunyai penduduk seramai 31 629 orang. Ekonomi pulau ini bergantung pada pelancongan, pembuatan wain, dan pengeluaran keluaran hutan, tembakau serta anggur. Pelabuhan Vathi ialah ibu kotanya. Samos dahulunya merupakan sebahagian Yunani purba. Ia merupakan sebahagian daripada Empayar Uthmaniyyah dari pertengahan tahun 1400-an hingga tahun 1913, apabila dituntut semula oleh Greece selepas Perang Balkan Kedua. | UMUM | |
DOVER | Dover (pend. 102 600) ialah daerah kerajaan tempatan di timur Kent, England. Dover meliputi sebuah pelabuhan terusan yang penting dan bandar pinggir laut, Deal. | UMUM | |
PULAU WIGHT | Pulau Wight (Isle of Wight) ialah pulau yang terbesar di luar pantai England. Ia terletak di Selat Inggeris, lebih kurang separuh jalan di sepanjang pinggir laut selatan bertentangan dengan Hampshire. Untuk lokasinya, lihat Englan d (peta politik). Semenjak tahun 1800-an, Pulau Wight terkenal khususnya sebagai tempat peranginan percutian. | UMUM | |
PHOENICIA | Phoenicia ialah nama yang diberi oleh Yunani purba kepada kawasan yang kini meliputi kawasan pinggir Laut Syria, Lubnan dan Israel. Sungai Eleutherus membentuk sempadan di sebelah utara, manakala Gunung Carmel di sebelah selatan. Kawasan ini terletak di antara gunung Lebanon di timur dengan Laut Mediterranean di barat. | UMUM | |
ALGIERS | Algiers (pend. 1 721 607) ialah ibu negara dan bandar terbesar di Algeria. Ia juga merupakan pusat perdagangan dan kewangan. Bandar ini terletak di utara Algeria, di pinggir Laut Mediterranean. Untuk lokasi, lihat Algeria (peta). | UMUM | Umum |