UNSUR PINJAMAN DALAM BAHASA MELAYU | UNSUR PINJAMAN DALAM BAHASA MELAYU, pinjaman, penyerapan atau pengambilan unsur-unsur bahasa asing ke dalam bahasa Melayu. Fenomena ini merupakan kelaziman yang berlaku kepada kebanyakan bahasa di dunia. Suatu bahasa akan menjadi kaya melalui peminjaman kata-kata daripada bahasa lain. | BAHASA | Konsep |
SYARIKAT KEWANGAN | Syarikat kewangan ialah firma yang meminjamkan wang kepada orang yang berjanji untuk membayar balik pinjaman itu berserta faedah dalam tempoh yang tertentu. Peminjam mungkin diperlukan memberi jaminan bahawa mereka akan membayar pinjaman itu, seperti lien bagi gaji mereka atau milik peribadi (lihat Lien). | UMUM | |
PERSATUAN PEMBANGUNAN ANTARABANGSA | Persatuan Pembangunan Antarabangsa (International Development Association–IDA) ialah organisasi dunia yang menyediakan pinjaman kepada negara sedang membangun untuk projek pembangunan. IDA ditubuhkan pada tahun 1960 untuk membantu negara sedang membangun yang memerlukan bantuan kewangan tetapi tidak mendapat kemudahan pinjaman wang yang mencukupi berasaskan syarat-syarat biasa. | UMUM | |
GADAI | GADAI, penyerahan sesuatu barang (tanah, rumah, barang berharga) sebagai cagaran atau sandaran untuk pinjaman wang dalam tempoh tertsntu. Gadai bermakna suatu penggantian nilai wang dengan benda dalam urusan pinjaman dalam tempoh tertentu. Jika barangan seperti tanah tidak ditebus dalam tempoh yang dipersetujui ini, barang gadaian tersebut akan menjadi hak milik pemberi pinjaman. Dalam tempoh gadaian, pemberi pinjaman berhak menggunakan barangan tersebut. | BUDAYA | Konsep |
JUAL JANJI | JUAL JANJI, pinjaman kewangan yang diamalkan oleh penduduk desa yang memiliki tanah. Jual janji ini merujuk kepada peminjam yang memiliki tanah bersetuju untuk menjadikan tanah miliknya sebagai sandaran dalam pembayaran pinjaman. | BUDAYA | Konsep |
LIEN | Lien ialah tuntutan yang sah di sisi undang- undang oleh seseorang terhadap harta orang lain sebagai cagaran untuk hutang. Lien hampir sama dengan gadai janji (pinjaman atas harta). Tetapi tidak seperti gadai janji, lien tidak boleh diserah hak (dipindahkan) kepada orang lain (lihat Gadai janji; Kontrak). | UMUM | |
PERPUSTAKAAN BERGERAK | Perpustakaan bergerak ialah kenderaan bergerak seperti bas atau van yang dipenuhi rak yang disusun dengan buku-buku atau bahan-bahan lain. Ia digunakan sebagai perpustakaan yang memberi pinjaman buku kepada masyarakat tempatan. Perpustakaan awam lazimnya menggunakan perpustakaan bergerak sebagai satu cara untuk meluaskan perkhidmatannya. | UMUM | |
SYARIKAT PEMBINAAN | Syarikat pembinaan ialah bank simpanan khas. Fungsi utama syarikat pembinaan ialah menggalakkan simpanan daripada orang awam, dan meminjamkan simpanan itu kepada individu yang hendak membeli rumah sendiri. Pinjaman ini dibuat mengikut perjanjian undang-undang yang dikenali sebagai gadai janji. Gadai janji biasanya dibayar balik dalam jangka masa yang panjang selama 20 atau 25 tahun. | UMUM | |
BIL PERBENDAHARAAN | Bil perbendaharaan ialah instrumen pinjaman jangka pendek kerajaan. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep |
PADI KUNCA | PADI KUNCA, sistem pinjaman melibatkan cara pembayaran dengan hasil padi. Sistem ini diamalkan oleh penanam padi. Pihak yang member hutang kepada petani, seperti orang tengah, tuan tanah dan orang-orang berada dalam kampung, bersedia memberi pinjaman wang berasaskan kemampuan petani membayarnya dengan hasil padi. | BUDAYA | Sistem |